Arsenal
Arsenal dan Liverpool, Fiorentina dan Dortmund dilapor bersaing untuk mengambil penyerang Spartak Moscow, Welliton yang bernilai GBP7 juta.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish mengesahkan yang dia mahu meminjam Robbie Kean dan menantikan jawapan daripada LA Galaxy pada hari Isnin.
Blackburn
Tottenham, Arsenal dan Chelsea dilapor bakal bersaing untuk mendapatkan pemain Blackburn, Steven N'Zonzi yang dianggarkan bernilai GBP7 juta.
Bolton
Pengurus, Owen Coyle gembira dengan sikap pemain Bolton ketika menewaskan Everton 2-1, terutamanya dengan pemain sasaran Chelsea, Gary Cahill.
Chelsea
Chelsea, Arsenal dan Tottenham dilapor bakal bersaing untuk mendapatkan pemain Blackburn, Steven N'Zonzi yang dianggarkan bernilai GBP7 juta.
Everton
Direktor bolasepak AEK Athens, Arnar Gretarsson mengesahkan yang Everton mahukan Kostas Manolas tetapi kelab Inggeris itu belum membuat tawaran.
Fulham
Queens Park Rangers sedang mendahului saingan untuk mendapatkan penyerang kelab Fulham, Andrew Johnson yang diramal akan dijual pada bulan ini.
Liverpool
Liverpool, Arsenal, Fiorentina dan Dortmund dilapor bersaing untuk mengambil penyerang kelab Spartak Moscow, Welliton yang bernilai GBP7 juta.
Manchester City
Kia Joorabchian masih berunding dengan AC Milan mengenai perpindahan penyerang Manchester City, Carlos Tevez dan nafikan minat daripada Inter.
Manchester United
Pengurus, Sir Alex Ferguson mengaku Manchester United perlu menerima hakikat bahawa Manchester City kini adalah pencabar utama di dalam liga.
Newcastle United
Pihak West Ham United menegaskan bahawa James Tomkins tidak akan dijual, berikutan laporan yang mengatakan Newcastle telah menawarkan GBP4 juta.
Norwich City
Pemain Norwich, Daniel Ayala berazam menebus hari-hari yang hilang, setelah kembali beraksi buat kali pertama sejak dia cedera 4 bulan lalu.
Queens Park Rangers
Queens Park Rangers sedang mendahului saingan untuk mendapatkan penyerang kelab Fulham, Andrew Johnson yang diramal akan dijual pada bulan ini.
Stoke City
Ben Marshall berharap Stoke akan benarkan dia menamatkan musim ini bersama Sheffield Wednesday dan bermain dalam Piala FA hujung minggu ini.
Sunderland
Pemain tengah Sunderland, Jack Colback telah melanjutkan kontraknya di situ sehingga 2014, berikutan prestasi baiknya untuk pasukan Black Cats.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers gembira pada pemainnya mula menarik minat kelab lain, tetapi dia tidak mahu menjual sesiapapun bulan ini.
Tottenham
Tottenham, Arsenal dan Chelsea dilapor bakal bersaing untuk mendapatkan pemain Blackburn, Steven N'Zonzi yang dianggarkan bernilai GBP7 juta.
West Brom
Kapten West Brom, Chris Brunt tidak dapat beraksi selama 10 minggu setelah pergelangan kakinya patah di dalam perlawanan menentang Everton.
Wigan Athletic
Mame Biram Diouf berkata dia mungkin dipinjamkan kepada Wigan dan berharap ia akan membantu dia merampas tempat di dalam skuad utama Man Utd.
Wolverhampton
Wolverhampton dan Queens Park Rangers dilapor telah menyerahkan tawaran bernilai GBP2.5 juta untuk pemain pertahanan Man City, Nedum Onuoha.
No comments:
Post a Comment