Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan yang Jack Wilshere mengalami masalah dalam pemulihan setelah mengadu berasa sakit bila berlari.
Aston Villa
Jurulatih Aston Villa, Alex McLeish menegaskan bahawa pengurus bola tidak boleh merungut mengenai tekanan kerana ia sebahagian daripada tugas.
Blackburn
Pemain tengah Blackburn, David Dunn beri suntikan semangat kepada kelab itu dengan menandatangani kontrak untuk kekal di situ sehingga 2013.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle berharap untuk menggunakan wang yang diterima daripada hasil penjualan Gary Cahill untuk mengambil Wilfried Zaha.
Chelsea
Pemain pertahanan, Alex telah diperkenalkan sebagai pemain Paris St-Germain setelah kelab Perancis itu membayar GBP4.2 juta kepada Chelsea.
Everton
Everton mara ke peringkat ke-5 Piala FA setelah Marouane Fellaini jaringkan gol kemenangan untuk singkirkan Fulham daripada pertandingan itu.
Fulham
Everton mara ke peringkat ke-5 Piala FA setelah Marouane Fellaini jaringkan gol kemenangan untuk singkirkan Fulham daripada pertandingan itu.
Liverpool
Kenny Dalglish mahu semua pemain, peminat dan pihak media memastikan perlawanan Piala FA menentang Man Utd berjalan lancar tanpa kontroversi.
Manchester City
AC Milan mungkin membatalkan hasrat mereka untuk mengambil penyerang Manchester City, Carlos Tevez setelah membeli Maxi Lopez daripada Catania.
Manchester United
Pemain veteran Manchester United, Paul Scholes mengaku bahawa dia amat rindu bermain bolasepak berikutan persaraannya pada musim panas lalu.
Newcastle United
Tim Krul terkejut Newcastle gagal menjulang piala selama 43 tahun, kerana mereka mempunyai segala yang diperlukan untuk menjadi kuasa kuat.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert mungkin menurunkan semula penyerang, James Vaughan bila dia menggilirkan skuadnya untuk perlawanan Piala FA.
Queens Park Rangers
Polis sedang menyiasat dakwaan kelab Queens Park Rangers yabg mengatakan sebutir peluru telah diposkan kepada pemain mereka, Anton Ferdinand.
Stoke City
Pengurus, Tony Pulis mengaku kecewa dengan jadual perlawanan Piala FA menentang Deby kerana ia tidak beri peluang kepada Stoke untuk berehat.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill mempertimbangkan tawaran untuk penyerang, Hugo Almeida yang dianggarkan bernilai GBP3 juta oleh Betsiktas.
Swansea City
Swansea mengutamakan usaha untuk kekal dalam Liga Premier, tetapi Neil Taylor berharap juga berharap mereka boleh menyaingi pencapaian Cardiff.
Tottenham
Tottenham mara ke peringkat ke-5 Piala FA setelah Rafael Van der Vaart jaringkan gol tunggal perlawanan untuk singkirkan pasukan Watford FC.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson berharap dapat melengkapkan urusniaga untuk meminjam khidmat pemain sayap Zenit St Petersburg, Szabolcs Huszti.
Wigan Athletic
Wigan dikaitkan dengan pemain sayap Sweden, Alieu Darbo yang mendedahkan bahawa dia telah membuat perjanjian lisan dengan Roberto Martinez.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy dilapor berharap dapat meminjam khidmat penyerang Senegal, Mame Biram Diouf daripada kelab Manchester United.
No comments:
Post a Comment