Athletic Bilbao
Presiden Athletic Bilbao, Josu Urrutia gembira dengan kemaraan mereka di dalam Copa del Rey dan memuji hasil kerja pengurus, Marcelo Bielsa.
Atletico Madrid
Radamel Falcao percaya pengurus baru Atletico, Diego Simeone tahu mencungkil kemampuannya, berikutan gol-gol yang dijaringkannya baru-baru ini.
Barcelona
Barcelona mengumumkan bahawa Andres Iniesta tidak dapat beraksi selama tiga minggu, setelah mengalami kecederaannya yang keempat musim ini.
Espanyol
Espanyol dan Ajax masih belum mencapai persetujuan mengenai yuran Mounir El Hamdaoui, tetapi kelab Sepanyol itu berazam untuk mengambilnya.
Getafe
Pemain pertahanan, Albert Lopo yakin Getafe mempunyai kemampuan menduduki 10 tempat teratas, walaupun bergelut dalam separuh pertama musim ini.
Granada
Granada masih berusaha mengambil penyerang baru pada bulan ini dan kini dikaitkan dengan Giovani Dos Santos, Khouma Babacar dan Luc Castaignos.
Levante
Valencia mara ke separuh akhir Copa del Rey setelah Aritz Aduriz dan Pablo Piatti berjaya menjaringkan gol untuk menyingkirkan skuad Levante.
Malaga
Jesus Gamez percaya perjalanan Malaga masih jauh sebelum mereka boleh mencapai kejayaan besar dan menggesa peminat supaya berikan sokongan.
Osasuna
Pemain tengah Osasuna, Raul Garcia menegaskan yang dia akan bersikap profesional dan bersungguh-sungguh menentang kelab induknya, Atletico.
Racing Santander
Pemain tengah Racing, Papakouli Diop menerima 6 kad kuning - yang paling tinggi di dalam skuadnya, setelah membuat 36 faul dalam 17 kemunculan.
Rayo Vallecano
Pemain tengah Rayo, Roberto Trashorras gembira dengan ketibaan Diego Costa yang telah bermain dengan baik dalam setiap kelab yang disertainya.
Real Betis
Pemain pertahanan Real Betis, Jose Antonio Dorado beri amaran mengenai ancaman Granada yang pasti mahu menarik perhatian pengurus baru mereka.
Real Madrid
Sergio Ramos berkata dia dibuang padang Rabu lalu kerana lakonan Sergio Busquets dan Real Madrid akan cuba batalkan kad kuningnya yang kedua.
Real Mallorca
Penyerang Mallorca, Victor Casadesus kesal tersingkir daripada Copa del Rey kerana mereka menjaringkan gol sendiri ketika bermain dengan baik.
Real Sociedad
Pemain tengah, McDonald Mariga dilapor akan bermain kali terakhir untuk Real Sociedad pada hujung minggu ini sebelum berpindah menyertai Parma.
Real Zaragoza
Pengurus Real Zaragoza, Manolo Jimenez mengaku keutamaan mereka akan untuk mendapatkan pemain pertahanan dan mungkin juga seorang penyerang.
Sevilla
Sevilla tarik diri daripada perebutan mengambil Giovani Dos Santos kerana harga EUR6.5 juta yang diminta oleh Tottenham adalah terlalu tinggi.
Sporting Gijon
Pemain Sporting Gijon, Nacho Novo mengaku bahawa perjalanan mereka tidak sebegitu lancar dan mahu rakannya mengkritik persembahan diri sendiri.
Valencia
Valencia mara ke separuh akhir Copa del Rey setelah Aritz Aduriz dan Pablo Piatti berjaya menjaringkan gol untuk menyingkirkan skuad Levante.
Villarreal
Gonzalo Rodriguez mahu Villarreal menewaskan Barcelona pada hujung minggu ini untuk membuktikan bahawa mereka terlalu bagus untuk turun divisi.
No comments:
Post a Comment