Arsenal
Thierry Henry jaringkan gol tunggal perlawanan untuk memastikan Arsenal mara ke peringkat keempat Piala FA dengan menyingkirkan Leed United.
Aston Villa
Bintang LA Galaxy Robbie Keane telah mula berlatih bersama skuad Aston Villa, sementara menunggu kontrak peminjamannya ke kelab itu dimeterai.
Blackburn
Bolton bakal membuat tawaran GBP5 juta untuk mengambil penyerang Blackburn Rovers, Junior Hoilett yang juga menjadi sasaran Spurs dan Stoke.
Bolton
Bolton bakal membuat tawaran GBP5 juta untuk mengambil penyerang Blackburn Rovers, Junior Hoilett yang juga menjadi sasaran Spurs dan Stoke.
Chelsea
Andre Villas-Boas berkata dia mungkin membeli dua pemain baru bulan ini, tetapi beri amaran yang Chelsea enggan membayar harga keterlaluan.
Everton
Agen pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Nagy mendakwa bahawa Everton adalah sebahagian daripada tujuh kelab Liga Premier yang mahukan pemain itu.
Fulham
Fulham dilapor telah menawarkan EUR5 juta kepada kelab Itali, Fiorentina untuk perpindahan pemain pertahanan terpinggir, Lorenzo De Silvestri.
Liverpool
Craig Bellamy teruja mengenai jadual bulan ini yang akan menyaksikan Liverpool menentang dua kelab Manchester di dalam Piala FA dan Carling.
Manchester City
Massimo Moratti menegaskan bahawa Inter Milan serius mahu memintas Milan bagi mendapatkan tandatangan penyerang Manchester City, Carlos Tevez.
Manchester United
Sir Alex Ferguson berpendapat bahawa Pep Guardiola sesuai terus kekal di Barcelona dan bukannya mengidamkan tempatnya di Manchester United.
Newcastle United
Demba Ba mengaku yang dia teringin untuk menyertai PSG suatu hari nanti, tetapi menegaskan bahawa dia tidak akan keluar pada bulan Januari ini.
Norwich City
Norwich mengesahkan bahawa kontrak penyerang, Oli Johnson telah dibatalkan dengan persetujuan bersama, setelah pemain itu gagal membuat impak.
Queens Park Rangers
Mark Hughes akan meneruskan rundingannya dengan pihak QPR pada hari ini sebelum membuat keputusan sama ada dia mahu menjadi pengurus kelab itu.
Stoke City
Cameron Jerome percaya bahawa pasukan Stoke City mampu untuk bersaing dan akan bersungguh-sungguh dalam setiap pertandingan yang mereka sertai.
Sunderland
Sebastian Larsson mengalukan pengurus, Martin O'Neill kerana berjaya memberikan keyakinan yang sebelum ini tiada dalam diri pemain Sunderland.
Swansea City
Pemain Swansea, Neil Taylor berbesar hati dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal serta teruja untuk menerima kunjungan Arsene Wenger nanti.
Tottenham
Pemain pertahanan Tottenham, Michael Dawson yakinkan Harry Redknapp bahawa dia sudah bersedia untuk beraksi, berikutan kecederaan Ledley King.
West Brom
Direktor West Brom, Dan Ashworth dilapor telah bertemu dengan pengawai kelab Porto mengenai kemungkinan meminjam khidmat Cristian Rodriguez.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez sanggup mengambil masa bagi memastikan dia mendapat pemain yang boleh meningkatkan prestasi skuadnya.
Wolverhampton
Pemain pertahanan Wolves, Kevin Foley mengaku gembira kini dia boleh bermain tanpa rasa sakit, setelah mengalami kecederaan pada Oktober lalu.
No comments:
Post a Comment