Wednesday, January 4, 2012

Serie A

AC Milan
Alexandre Pato jaringkan gol tunggal perlawanan hanya selepas 4 minit ia berlangsung untuk AC Milan tewaskan PSG dalam perlawanan persabahatan.

AS Roma
Roma mungkin tidak dapat menurunkan Pablo Daniel Osvaldo selama dua bulan setelah pemain itu mengalami kecederaan paha ketika menjalani latihan.

Atalanta
Atalanta mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan perpindahan pemain pertahanan, Akos Kecskes yang kini berlatih dengan skuad remaja mereka.

Bologna
Bologna tidak mahu kehilangan Gaby Mudingayi, setelah direktor Roberto Zanzi mendedahkan yang mereka telah menolak tawaran daripada Udinese.

Cagliari
Presiden Cagliari, Massimo Cellino dilapor bakal menghubungi Juventus dengan harapan untuk membuka rundingan mengambil penyerang, Luca Toni.

Catania
Catania dilapor bakal mengumumkan ketibaan Sebastian Cristoforo daripada Penarol, setelah kedua-dua kelab bersetuju dengan angka EUR3 juta.

Cesena
Napoli dilapor telah kenalpasti pemain Cesena, Antonio Candreva sebagai alternatif jika mereka gagal mengambil Nicolas Gaitan daripada Benfica.

Chievo
Penjaga gol, Stefano Sorrentino gesa Chievo supaya mencari semangat yang ditunjukkan ketika menentang Lazio, bila mereka menentang Roma pula.

Fiorentina
Direktor Granada, Juan Carlos Cordero sedang berunding dengan Fiorentina mengenai kemungkinan meminjam khidmat penyerang muda, Khoumar Babacar.

Genoa
Genoa mengesahkan yang Grifone telah meminjamkan khidmat penyerang dari Uruguay, Sebastian Ribas kepada Sporting CP hingga hujung musim ini.

Inter Milan
Penyerang Inter, Diego Forlan mungkin tidak dapat menyertai perlawanan pertama mereka pada tahun 2012 setelah mengalami kecederaan pada kaki.

Juventus
Juventus dilapor telah menawarkan pemain tengah, Marco Motta sebagai pertukaran untuk David Pizarro, tetapi ia telah ditolak oleh pihak Roma.

Lazio
Sassuolo dilapor telah menyertai Lecce, Bologna serta Cesena di dalam perebutan meminjam khidmat penyerang, Libor Kozak daripada kelab Lazio.

Lecce
Direktor Lecce, Carlo Osti menafikan laporan yang mengatakan mereka berminat dengan Ezequiel Munoz kerana dia tidak pernah menghubungi Palermo.

Napoli
Napoli dilapor telah kenalpasti pemain Cesena, Antonio Candreva sebagai alternatif jika mereka gagal mengambil Nicolas Gaitan daripada Benfica.

Novara
Laporan mencadangkan bahawa Siena mungkin akan cuba mengambil pemain tengah Novara, Luigi Giorgi jika mereka gagal mendapatkan Marco Padalino.

Palermo
Penyerang baru Palermo, Agon Mehmeti tidak mahu dibandingkan dengan Zlatan Ibrahimovic kerana mereka berdua mempunyai kualiti yang berbeza.

Parma
Parma telah menjual pemain mereka yang pertama di dalam pasaran kali ini setelah melepaskan Nwankwo Obiora kepada kelab Serie B, AS Gubbio.

Siena
Laporan mencadangkan bahawa Siena mungkin akan cuba mengambil pemain tengah Novara, Luigi Giorgi jika mereka gagal mendapatkan Marco Padalino.

Udinese
Direktor sukan Udinese, Fabrizio Larini menegaskan bahawa Antonio Floro Flores tidak pernah dipasarkan, setelah dia dikaitkan dengan Fiorentina.

No comments:

Post a Comment