Athletic Bilbao
Hanya Gorka Iraizoz, Iker Muniain dan Markel Susaeta yang telah muncul dalam kesemua 16 perlawanan liga untuk Athletic Bilbao pada musim ini.
Atletico Madrid
Penyerang Atletico, Jose Antonio Reyes mengesahkan yang dia telah meminta pengurus, Diego Simeone supaya membantu usahanya berpindah ke Sevilla.
Barcelona
Pengurus Barcelona, Pep Guardiola mungkin perlu menentang Osasuna di dalam Copa del Rey tanpa Carles Puyol kerana dia mengalami kecederaan otot.
Espanyol
Persembahan baik Herctor Moreno untuk Espanyol dilapor telah menarik perhatian kelab Serie A, Palermo yang sedang mencari pemain pertahanan.
Getafe
Hanya Daniel Diaz yang telah memulakan kesemua 16 perlawanan La Liga untuk Getafe, sambil menjaringkan 6 gol serta mengutip satu kad kuning.
Granada
Granada dilapor telah bersetuju untuk meminjamkan pemain tengah, Yohan Mollo kepada kelab dari Perancis, Nancy sehingga kempen musim ini tamat.
Levante
Direktor Levante, Manolo Salvador meminta kelab lain supaya menghormati satu sama lain berkaitan isu mencuri pemain remaja dari akademi lawan.
Malaga
Berita buruk untuk Napoli kerana penyerang Malaga, Jose Salomon Rondon mahu kekal bersama kelab Sepanyol itu sehingga akhir kempen musim ini.
Osasuna
Pemain Osasuna, Oier Sanjurjo yang dipinjamkan kepada Celta, gesa kedua-dua kelab itu selesaikan isu masa depannya sebelum hujung musim ini.
Racing Santander
Hanya Tono telah muncul dalam kesemua 16 perlawanan liga untuk Racing, sambil menyelamatkan 59 cubaan dan melepaskan 21 gol pada musim ini.
Rayo Vallecano
Pengurus Rayo Vallecano, Jose Ramon Sandoval mengaku pasukannya amat perlukan rehat dan mengingatkan mereka supaya menikmati perlawanan La Liga.
Real Betis
Betis dilapor telah mengalihkan perhatian mereka kepada Michael Ciani daripada Bordeaux setelah mengalami masalah mendapatkan Ricardo Costa.
Real Madrid
Real Madrid mungkin perlu bersaing dengan Arsenal dan Juventus untuk mendapatkan pemain CSKA Moscow, Alan Dzagoev yang bernilai EUR15 juta.
Real Mallorca
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros beri amaran kepada pemainnya supaya mengubah mentaliti jika mahu membuat peningkatan dan mara ke hadapan.
Real Sociedad
Pemain perthaanan Sociedad, Inigo Martinez dilapor kini berada di tengah-tengah perebutan antara Manchester United, Barcelona serta Real Madrid.
Real Zaragoza
Real Zaragoza mengumumkan perlantikan Manolo Jimenez untuk menjadi pengurus baru sehingga hujung musim ini, setelah gagal mendapatkan Michel.
Sevilla
Penyerang Atletico, Jose Antonio Reyes mengesahkan yang dia telah meminta pengurus, Diego Simeone supaya membantu usahanya berpindah ke Sevilla.
Sporting Gijon
Hanya Miguel de las Cuevas yang telah bermain dalam kesemua 16 perlawanan untuk Sporting Gijon, sambil menjaringkan satu gol dari 29 cubaan.
Valencia
Pemain pertahanan Valencia, Ricardo Costa menegaskan bahawa dia tidak pernah memohon keluar atau membuat sebarang permintaan kepada kelabnya.
Villarreal
Gonzalo Rodriguez percaya Molina adalah calon paling sesuai untuk uruskan Villarreal ketika ini, kerana dia pernah melalui situasi yang sama.
No comments:
Post a Comment