Monday, January 9, 2012

Serie A

AC Milan
Agen Marco Amelia mengesahkan bahawa Spartak Moscow sedang menyediakan tawaran untuk penjaga gol Milan itu yang pernah disasarkan 4 tahun lalu.

AS Roma
Kapten Roma, Francesco Totti mendakwa bahawa rakan sepasukannya, Daniele De Rossi mahu terus kekal di situ, walaupun dikaitkan dengan Man City.

Atalanta
Agen Matteo Contini menegaskan bahawa Atalanta perlu berbincang dengan Real Zaragoza, jika mereka serius mahu mendapatkan khidmat pemain itu.

Bologna
Diego Perez gembira dengan kemenangan penting ke atas Catania dan percaya Bologna akan selamat jika mereka boleh mengekalkan prestasi sekarang.

Cagliari
Cagliari umumkan bahawa mereka telah menjual pemain pertahanan, Daniele Magliocchetti kepada Reggiana serta meminjam khidmat, Nicolas Bovi.

Catania
Berita baik untuk pengurus Catania, Vincenzo Montella kerana penyerang, David Suazo sudah mula berlatih dan dijangka boleh turun hadapi Roma.

Cesena
Direktor Cesena, Luca Mancini mengesahkan bahawa pemain tengah, Antonio Candreva akan keluar dan jangka Marco Parolo juga akan mengikutnya.

Chievo
Di Carlo mahu Chievo bertindak lebih cekap di hadapan gol, setelah gagal menyumbat bola walaupun mencipta 12-13 peluang ketika bertemu Roma.

Fiorentina
Kelab Inggeris, Fulham dilapor telah tawarkan EUR5 juta kepada Fiorentina untuk perpindahan pemain pertahanan terpinggir, Lorenzo De Silvestri.

Genoa
Genoa dilapor berminat mendapatkan khidmat pemain tengah Napoli, Marco Donadel yang baharu sahaja pulih daripada kecederaan jangka panjang.

Inter Milan
Massimo Moratti menegaskan bahawa Inter Milan serius mahu memintas Milan bagi mendapatkan tandatangan penyerang Manchester City, Carlos Tevez.

Juventus
Juventus sudah hampir berjaya melengkapkan urusniaga untuk pemain Sevilla, Martin Caceres dan mungkin boleh mengambilnya hujung minggu ini.

Lazio
Lazio mahu melupakan kekalahan teruk mereka pada hari Sabtu lalu, dan pengurus, Edy Reja menjanjikan reaksi besar daripada pemain pasukannya.

Lecce
Serce Cosmi percaya Lecce perlukan pemain yang berpengalaman untuk mengubah situasi dan memastikan keputusan yang sepatutnya mereka terima.

Napoli
Kelab Parma dan Genoa dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Napoli, Marco Donadel yang baharu sahaja pulih daripada kecederaan.

Novara
Pengurus Novara, Attilio Tesser mengaku mereka mungkin mendapatkan beberapa orang pemain lagi kerana setiap bahagian skuad perlu diperkuatkan.

Palermo
Palermo mungkin akan menawarkan peluang kepada Emiliano Viviano mencari tempat dalam skuad Itali dengan meminjam khidmatnya daripada Inter.

Parma
Parma dilapor berminat mendapatkan khidmat pemain tengah Napoli, Marco Donadel yang baharu sahaja pulih daripada kecederaan jangka panjang.

Siena
Bintang Siena, Emanuele Calaio berkata jika skuad Robur berjaya kekal di dalam Serie A, ia adalah bagaikan mereka memenangi Liga Juara-juara.

Udinese
Antonio Di Natale membayangkan bahawa Udinese kini menganggap diri mereka sebagai calon ketiga merebut Scudetto di belakang Milan dan Juventus.

No comments:

Post a Comment