Arsenal
Wojciech Szczesny enggan mengkritik penyokong Arsenal kerana mengejek keputusan Arsene Wenger untuk memanggil keluar Alex Oxlade-Chamberlain.
Aston Villa
Pemain tengah, Fabian Delph berharap dapat kekal di kelab Leeds United sehingga akhir musim ini, setelah Aston Villa bersetuju meminjamkannya.
Blackburn
Pemain tengah, David Dunn percaya Blackburn Rovers semakin yakin dan boleh mengelakkan penyingkiran sekiranya seluruh pasukannya bersatu-padu.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle berharap Tim Ream akan tiba dalam masa beberapa hari lagi dan berharap dapat mengambil dua orang pemain baru lagi.
Chelsea
Chelsea umumkan bahawa otot Frank Lampard terkoyak sedikit dan dia dijangka tidak boleh turun menentang Queens Park Rangers di dalam Piala FA.
Everton
Spartak Moscow mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Everton mengenai Diniyar Bilyaletdinov yang akan menjalani ujian.
Fulham
Harapan Fulham untuk mendapatkan penyerang Catania, Maxi Lopez bergantung sama ada Carlos Tevez berjaya menyertai AC Milan daripada Man City.
Liverpool
Bapa Nikica Jelavic mendakwa bahawa penyerang Rangers itu berkemungkinan besar akan berpindah ke Liverpool pada bulan ini dan bukannya ke QPR.
Manchester City
Agen Mario Balotelli yakin penyerang Manchester City itu akan kekal di Etihad sehingga 2013 sebelum dia mempertimbangkan semula kerjayanya.
Manchester United
Penyerang Man Utd, Mama Biram Diouf mendakwa bahawa Brest adalah antara kelab yang mahukannya, tetapi tiada persetujuan dicapai setakat ini.
Newcastle United
Newcastle kini muncul sebagai calon utama untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Watford, Adrian Mariappa menyerahkan tawaran untuknya.
Norwich City
Penjaga gol Norwich City, John Ruddy mengaku dia teringin bermain untuk England, berikutan persembahan cemerlangnya ketika menentang Chelsea.
Queens Park Rangers
Jurucakap QPR mengesahkan bahawa kelab itu tidak boleh mengambil Henrique kerana pemain dari Brazil itu telah gagal mendapatkan permit kerja.
Stoke City
Cameron Jerome kecewa berada di bangku simpanan dan telah menawarkan diri untuk menyertai skuad simpanan Stoke bagi meningkatkan kecergasan.
Sunderland
Sunderland mengesahkan bahawa Nicklas Bendtner perlu menjalani rawatan lanjut setelah mengalami kecederaan muka ketika menewaskan Swansea.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers gembira dengan pemain yang ada padanya ketika ini dan ramal tiada lagi pemain baru yang akan sertai skuadnya.
Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp telah dibicarakan pada hari Isnin atas tuduhan menerima wang bonus di luar negara bagi mengelakkan cukai.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson menegaskan bahawa Marc-Antoine Fortune masih lagi diperlukan, berikutan persembahannya ketika menentang Stoke.
Wigan Athletic
Wigan dipercayai telah mencapai persetujuan dengan Birmingham mengenai Jean Beausejour dan mereka akan mengadakan rundingan dengan pemain itu.
Wolverhampton
Michael Kightly yakin bahawa Wolves mempunyai kualiti yang mencukupi untuk mengelakkan penyingkiran, walaupun setelah jatuh ke zon bahaya.
No comments:
Post a Comment