Friday, January 6, 2012

Serie A

AC Milan
Pengurus AC Milan, Max Allegri mungkin merehatkan Kevin Prince Boateng pada hari Ahad ini bagi memastikan dia boleh turun menentang Inter nanti.

AS Roma
Berita buruk untuk pengurus AS Roma, Luis Enrique kerana Pablo Daniel Osvaldo tidak dapat beraksi selama dua bulan kerana kecederaan pada paha.

Atalanta
Agen German Denis ramal Atalanta akan mempergunakan keutamaan mereka untuk membeli pemain itu daripada Udinese pada hujung musim ini nanti.

Bologna
Juventus bersedia untuk menjual 50 peratus kontrak Frederik Sorensen pada bulan ini, jika Bologna sanggup membayar yuran sebanyak EUR3 juta.

Cagliari
Cagliari tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Genoa yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang ketiga.

Catania
Catania telah dikaitkan dengan dua orang pemain lagi itu, Thiago Neves yang dimiliki oleh Al-Hilal dan Jo daripada Internacional Porto Alegre.

Cesena
Cesena tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Udinese yang mahu menang di tempat sendiri buat kali kelapan.

Chievo
Chievo mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang AS Roma yang mencicirkan 10 mata di tempat sendiri musim ini.

Fiorentina
Fiorentina dilapor sedang pertimbangkan keputusan untuk meminjam pemain Arsenal, Marouane Chamakh dengan pilihan membelinya pada hujung musim.

Genoa
Juventus bersedia untuk menjual 50 peratus kontrak Frederik Sorensen pada bulan ini, jika Genoa sanggup membayar yurannya sebanyak EUR3 juta.

Inter Milan
Pengurus Inter Milan, Claudio Ranieri mengesahkan bahawa penyerang, Mauro Zarate dan pemain tengah, Wesley Sneijder tidak akan keluar bulan ini.

Juventus
Pemain sasaran Palermo, Michele Pazienza mungkin keluar pada bulan ini, tetapi hanya jika Bianconeri berjaya mendapatkan penggantinya dahulu.

Lazio
Lazio dilapor sedang memperhatikan pemain pertahanan Sporting CP, Emiliano Insua yang menjaringkan gol ketika mereka bertemu dalam Liga Europa.

Lecce
Lecce tidak mahu tewas buat kali keempat dari lima perlawanan bila mereka menentang Juventus yang mahu menang di tempat lawan buat kali keempat.

Napoli
Napoli dilapor mungkin mahu mendapatkan Antonio Candreva kerana Walter Mazzarri perlukan pemain tengah baru untuk menggantikan Mario Santana.

Novara
Novara mahu mengutip mata buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Fiorentina yang mencari kemenangan di tempat lawan yang pertama.

Palermo
Pemain sasaran Palermo, Michele Pazienza mungkin keluar pada bulan ini, tetapi hanya jika Bianconeri berjaya mendapatkan penggantinya dahulu.

Parma
Pemain milik Parma, Fabio Borini mahu mendapatkan kontrak tetap di AS Roma sebaik sahaja kontrak peminjamannya tamat pada hujung musim ini.

Siena
Siena tidak mahu tewas buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Lazio yang ketika ini mempunyai rekod terbaik di tempat lawan.

Udinese
Agen German Denis ramal Atalanta akan mempergunakan keutamaan mereka untuk membeli pemain itu daripada Udinese pada hujung musim ini nanti.

No comments:

Post a Comment