Wednesday, January 25, 2012

Serie A

AC Milan
Pengurus Milan, Max Allegri berkata dia gembira kelab itu akan menerima penyerang baru - tidak kiralah samada Carlos Tevez atau Maxi Lopez.

AS Roma
Penyerang AS Roma, Erik Lamela mempertahankan kad merah yang diterimanya dan menegaskan bahawa Giorgio Chiellini sengaja menaikkan darahnya.

Atalanta
Ezequiel Schelotto teruja untuk berkunjung ke Cesena buat kali pertama sebagai pemain Atalanta, dan menegaskan bahawa dia berazam untuk menang.

Bologna
Livorno dilapor telah menawarkan kontrak 4 tahun kepada penyerang pasukan Atalanta, Daniele Vantaggiato yang dipinjam daripada kelab Padova.

Cagliari
Rundingan untuk membawa Mauricio Pinilla daripada Palermo ke Cagliari telah terbantut kerana permintaan yang dikenakan oleh pihak Rosanero.

Catania
Pertahanan, Giovanni Marchese yakin Catania telah bermain dengan baik sepanjang musim ini, walaupun rekod mereka kebelakangan ini kurang bagus.

Cesena
Lorenzo Minotti mengaku Cesena mungkin benarkan Candreva keluar, tetapi mereka perlu berhati-hati kerana dia mempunyai kemahiran yang khusus.

Chievo
Mattia Destro jaringkan gol tunggal perlawanan untuk Siena ke separuh akhir Coppa Italia dengan menyingkirkan Chievo daripada pertandingan itu.

Fiorentina
Pantaleo Corvino mendedahkan bahawa Fiorentina hampir-hampir mengambil Amauri pada 2006 sebelum Luca Toni ambil keputusan tidak mahu keluar.

Genoa
Pemain tengah pasukan Serbia, Bosko Jankovic menyatakan rasa gembiranya setelah dia melanjutkan kontraknya di Genoa sehingga bulan Jun 2014.

Inter Milan
Napoli akan bertemu Siena di separuh akhir Coppa setelah Edinson Cavani jaringkan dua gol untuk singkirkan Inter daripada pertandingan itu.

Juventus
Sevilla mengaku mereka tidak mampu menolak tawaran Juventus untuk Martin Caseres, di dalam urusniaga yang bakal mencecah angka EUR9.5 juta.

Lazio
CSKA Moscow mengesahkan yang Lazio telah menyatakan minat mereka terhadap Keisuke Honda, tetapi persetujuan belum dicapai untuk pemain itu.

Lecce
Lecce telah membeli Manuele Blasi daripada Parma, sementara Stefano Ferrario pula dipinjamkan kepada Parma sebagai sebahagian dari perjanjian.

Napoli
Napoli akan bertemu Siena di separuh akhir Coppa setelah Edinson Cavani jaringkan dua gol untuk singkirkan Inter daripada pertandingan itu.

Novara
Laporan menafikan yang Juan Jesus akan dipinjamkan kepada Novara dan menegaskan bahawa dia akan diserahkan kepada pengurus Inter, Ranieri.

Palermo
Rundingan untuk membawa Mauricio Pinilla daripada Palermo ke Cagliari telah terbantut kerana permintaan yang dikenakan oleh pihak Rosanero.

Parma
Lecce telah membeli Manuele Blasi daripada Parma, sementara Stefano Ferrario pula dipinjamkan kepada Parma sebagai sebahagian dari perjanjian.

Siena
Mattia Destro jaringkan gol tunggal perlawanan untuk Siena ke separuh akhir Coppa Italia dengan menyingkirkan Chievo daripada pertandingan itu.

Udinese
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish dilapor sanggup membuat tawaran bernilai EUR18 juta untuk mendapatkan khidmat pemain Udinese, Mauricio Isla.

No comments:

Post a Comment