Friday, January 6, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Penyerang Athletic Bilbao, Fernando Llorente boleh berlatih tanpa sebarang masalah, tetapi dia belum tentu boleh turun menentang skuad Getafe.

Atletico Madrid
Pemain Atletico Madrid, Koke percaya ini adalah waktu yang paling sesuai untuk menang di tempat lawan kerana mereka mempunyai pengurus baru.

Barcelona
Manchester Utd dilapor telah menghantar peninjau, Martin Ferguson untuk melihat pemain muda Barcelona, Isaac Cuenca ketika menentang Osasuna.

Espanyol
Mauricio Pochettino menegaskan bahawa kekalahan kepada Cordoba tidak akan menjejaskan skuad Espanyol menjelang perlawanan menentang Barcelona.

Getafe
Getafe mahu menang buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Bilbao yang telah mencicirkan 12 mata di tempat lawan pada musim ini.

Granada
Granada mahu mengutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang skuad Real Madrid yang hanya sekali tewas di tempat sendiri.

Levante
Penyerang, Arouna Kone mengaku dia berasa lega tidak terlibat di dalam Piala Negara Afrika kerana Levante adalah keutamaannya pada tahun ini.

Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini akan menurunkan semula Weligton dan Maresca bersama skuadnya bila mereka menentang kelab Atletico Madrid.

Osasuna
Pengurus, Jose Luis Mendilibar beri amaran kepada Osasuna supaya berwaspada dengan Sociedad yang merupakan pesaing mereka dari 'segala segi'.

Racing Santander
Racing mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Zaragoza yang masih mencari kemenangan pertama di tempat lawan.

Rayo Vallecano
Rayo Vallecano tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Sevilla yang mahu menang di tempat lawan buat kali kedua.

Real Betis
Betis mahu menang buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Sporting Gijon yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali kelima.

Real Madrid
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho menegaskan bahawa dia masih perlukan khidmat Kaka, walaupun spekulasi mengaitkannya dengan Paris St-Germain.

Real Mallorca
Real Mallorca tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Levante yang mencicirkan hanya tiga mata di tempat sendiri.

Real Sociedad
Real Sociedad mahu mengutip mata buat kali keenam berturut-turut bila mereka menentang Osasuna yang mahu menang di tempat lawan buat kali kedua.

Real Zaragoza
Real Zaragoza tidak mahu tewas buat kali keenam berturut-turut bila mereka menentang Racing yang mahu menang di tempat sendiri buat kali ketiga.

Sevilla
Pengurus, Marcelino tidak puas hati dengan keputusan menentang Valencia kerana Sevilla telah mengawal perlawanan walaupun selepas ketinggalan.

Sporting Gijon
Sporting Gijon mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Real Betis yang telah mencicirkan 11 mata di tempat sendiri.

Valencia
Unai Emery gembira melihat Valencia menunjukkan aksi yang lengkap ketika menentang Sevilla, tetapi mengaku ia bukanlah persembahan yang hebat.

Villarreal
Villarreal tidak mahu tewas buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Valencia yang mahu menang di tempat lawan buat kali kelima.

No comments:

Post a Comment