Arsenal
Arsene Wenger gembira dengan semangat yang Arsenal tunjukkan bila mereka mengejar dari belakang dan menewaskan Aston Villa di dalam Piala FA.
Aston Villa
Alex McLeish mahu pihak FA menyiasat tuduhan yang Van Persie telah menyiku Carlos Cuellar ketika Villa tewas kepada Arsenal di dalam Piala FA.
Blackburn
Laporan mengatakan yang Blackburn mungkin kehilangan beberapa orang pemain utama jika kelab itu ambil keputusan menjual Chris Samba bulan ini.
Bolton
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill mengesahkan yang dia berminat mengambil penyerang Bolton, Kevin Davies sebelum pasaran musim sejuk ditutup.
Chelsea
Laporan mengatakan bahawa Chelsea sanggup membayar sehingga EUR60 juta untuk mendapatkan khidmat penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao.
Everton
Everton dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk mendapatkan penyerang Wolverhampton, Kevin Doyle sebelum pasaran musim sejuk ditutup.
Fulham
Pengurus, Fulham, Martin Jol mahu ambil pemain tengah, Carlos Sanchez daripada Valenciennes tetapi perlu bersaing dengan Sevilla dan Udinese.
Liverpool
Laporan mengatakan yang pengurus Liverpool, Kenny Dalglish berharap GBP12 juta sudah cukup untuk mengambil Marko Marin daripada Werder Bremen.
Manchester City
Manchester City telah menolak tawaran daripada Liverpool yang berhasrat untuk menukarkan khidmat penyerang, Andy Carroll dengan Carlos Tevez.
Manchester United
Pengurus Manchester Utd, Sir Alex Ferguson gembira pemain muda Ashley Young, Tom Cleverley dan Anderson bakal kembali beraksi bersama skuadnya.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew mengaku kini bimbang menghadapi bulan Januari berikutan perpindahan Andy Carroll pada hari terakhir pasaran.
Norwich City
Norwich akan menerima kunjungan kelab Championship, Leicester City dalam peringkat kelima Piala FA setelah berjaya menyingkirkan West Brom.
Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Mark Hughes dilapor akan cuba mendapatkan pemain Tottenham, Bassong dan Pieenar serta Rodallega daripada Wigan.
Stoke City
Stoke City mempunyai peluang baik untuk mara ke suku akhir Piala FA setelah mereka dipasangkan dengan kelab Crawley Town di peringkat kelima.
Sunderland
Selepas seri dengan Boro di dalam Piala FA, pengurus Sunderland, Martin O'Neill mengesahkan yang dia mahukan penyerang Bolton, Kevin Davies.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers beri penghargaan kepada Ashley Williams setelah pemain itu muncul dalam perlawanan yang ke-31 berturut-turut.
Tottenham
Pengurus Queens Park Rangers, Mark Hughes dilapor akan cuba mendapatkan pemain Tottenham, Bassong dan Pieenar sebelum pasaran pemain ditutup.
West Brom
Pengurus West Brom Roy Hodgson telah menangguhkan hasratnya untuk mendapatkan pemain Zenit, Szabolcs Huszti sehinggalah musim panas nanti.
Wigan Athletic
Pengurus QPR, Mark Hughes dilapor akan cuba mendapatkan penyerang kelab Wigan, Hugo Rodallega yang mungkin boleh dibeli dengan harga GBP6 juta.
Wolverhampton
Everton dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk mendapatkan penyerang Wolverhampton, Kevin Doyle sebelum pasaran musim sejuk ditutup.
No comments:
Post a Comment