Arsenal
Tomas Rosicky dijangka akan ditawarkan kontrak satu tahun yang baru di Arsenal, setelah agennya mengadakan pertemuan dengan Arsene Wenger.
Aston Villa
Marc Albrighton mengaku dia berasa sedih dilabelkan sebagai penipu oleh penyokong Wolves, setelah dia menyebabkan Karl Henry dibuang padang.
Blackburn
Saudara Mauro Formica mengesahkan yang penyerang itu berharap dapat menyelesaikan beberapa isu dengan Blackburn supaya dia boleh ke Olympiakos.
Bolton
Al Nasr mengaku sedang berunding dengan Bolton mengenai penyerang, Esmael Bangoura dan persetujuan mungkin dicapai pada hujung minggu ini.
Chelsea
Genk mengesahkan yang mereka sedang berunding dengan Chelsea mengenai Kevin De Bruyne dan berhasrat untuk membelinya dengan harga GBP8 juta.
Everton
Everton telah mencapai persetujuan dengan Spartak Moscow mengenai harga penjualan Diniyar Bilyaletdinov yang kini perlu lulus ujian kesihatan.
Fulham
Pertahanan Fulham, Philippe Senderos mahu tewaskan kelab lamanya, Everton di dalam Piala FA bagi menebus kekecewaan tersingkir daripada Eropah.
Liverpool
Liverpool akan menentang Cardiff dalam perlawanan akhir Piala Carling setelah Craig Bellamy jaringkan gol yang menyingkirkan Manchester City.
Manchester City
Liverpool akan menentang Cardiff dalam perlawanan akhir Piala Carling setelah Craig Bellamy jaringkan gol yang menyingkirkan Manchester City.
Manchester United
Jurulatih Manchester United, Mike Phelan mengesahkan yang mereka tidak akan mengelak daripada menurunkan Patrice Evra di Anfield Sabtu ini.
Newcastle United
Watford menolak tawaran Newcastle United untuk Adrian Mariappa dan beri amaran supaya mengemukakan harga yang berpatutan untuk pemain mereka.
Norwich City
Pemain baru Norwich, Jonny Howson tahu mengapa penyokong Leeds membantah perpindahannya, tetapi kelab itu tiada banyak pilihan dalam hal ini.
Queens Park Rangers
QPR dilapor telah mencapai persetujuan untuk meminjam khidmat pemain Nancy, Samba Diakite dengan pilihan untuk membeli dengan harga EUR4 juta.
Stoke City
Nigel Pearson masih berusaha mendapatkan pemain baru untuk skuad Leicester dan dilapor mahu mengambil pemain sayap Stoke City, Ben Marshall.
Sunderland
Penyerang Sunderland, Fraizer Campbell sudah hampir pulih selepas 18 bulan cedera, tetapi dia perlukan masa untuk mencapai tahap terbaiknya.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers mahu memastikan yang pasukannya cukup kuat sebelum dia meminjamkan khidmat Stephen Dobbie kepada kelab lain.
Tottenham
Villarreal berkata rundingan dengan kelab Tottenham berjalan lancar dan mereka yakin boleh mengambil Giovani dos Santos pada hujung minggu ini.
West Brom
West Brom menafikan yang mereka telah buat tawaran kedua untuk pemain Birmingham, Liam Ridgewell, berikutan cubaan pertama mereka minggu lalu.
Wigan Athletic
Wigan Athletic berjaya mengambil pemain tengah Chile, Jean Beausejour daripada Birmingham setelah dia bersetuju mengikat kontrak sehingga 2014.
Wolverhampton
Karl Henry meminta maaf kepada Mick McCarthy serta pemain dan penyokong Wolves kerana kad merahnya telah menyebabkan mereka tewas kepada Villa.
No comments:
Post a Comment