Athletic Bilbao
Pemain tengah, Ander Herrera mengumumkan bahawa Bilbao akan melayan lawan mereka dalam Copa del Rey, Mirandes bagaikan kelab dari Liga Primera.
Atletico Madrid
Pemain tengah Atletico Madrid, Tiago Mendes mengaku situasinya telah berubah sejak Diego Simeone tiba dan dia kembali bermain dengan gembira.
Barcelona
Direktor Barcelona, Andoni Zubizarreta menegaskan bahawa dia tidak tahu sama ada pengurus, Pep Guardiola akan menandatangani kontrak baru.
Espanyol
Pengurus, Pochettino berkata Espanyol tiada masa untuk bersedih mengenai penyingkiran dari Copa dan mahu skuadnya fokus kepada La Liga pula.
Getafe
Getafe mahu mengutip mata buat kali keenam berturut-turut bila mereka menentang Levante yang hanya sekali tewas di tempat sendiri musim ini.
Granada
Granada tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Real Betis yang mahu menang di tempat sendiri buat kali kelima.
Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio berharap penyingkiran daripada Copa del Rey akan membantu kelab itu mengurangkan masalah kecederaan pemain.
Malaga
Pemain tengah Malaga, Joaquin Sanchez tidak dapat bermain selama dua minggu lagi setelah dia disahkan mengalami kecederaan paha yang baru.
Osasuna
Alvaro Cejudo percaya Osasuna boleh menutup musim ini dengan kedudukan baik jika boleh mendapatkan keputusan positif dalam beberapa minggu ini.
Racing Santander
Racing tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Valencia yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kelima.
Rayo Vallecano
Rayo Vallecano tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Bilbao yang mahu menang di tempat lawan buat kali ketiga.
Real Betis
Betis mahu mengutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Granada yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali kelapan.
Real Madrid
Jurulatih Real Madrid, Aitor Karanka menegaskan bahawa kelab itu boleh menerima kekalahan, tetapi bukan seperti ketika menentang Barcelona.
Real Mallorca
Real Mallorca mahu menang buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang skuad Espanyol yang telah mencicirkan 10 mata di tempat sendiri.
Real Sociedad
Sociedad mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila menentang Sporting yang tidakmahu tewas di tempat lawan buat kali ketujuh.
Real Zaragoza
Real Zaragoza mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Real Madrid yang hanya sekali tewas di tempat sendiri.
Sevilla
Pengurus Sevilla, Marcelino Garcia Toral berharap Emir Spahic boleh turun menentang Malaga walaupun dia tidak dapat berlatih pada minggu ini.
Sporting Gijon
Sporting tidak mahu tewas buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Sociedad yang mahu menang di tempat sendiri buat kali ketiga.
Valencia
Pengurus Valencia, Unai Emery gembira pasukannya berjaya menewaskan Levante dalam Copa del Rey tanpa melepaskan gol atau menerima kad merah.
Villarreal
Villarreal tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Barcelona yang mahu menang di tempat lawan buat kali kelima.
No comments:
Post a Comment