Arsenal
Penjaga gol Arsenal, Vito Mannone dipinjamkan kepada Hull sehingga hujung musim ini, setelah gagal memecah masuk dalam skuad utama Gunners.
Aston Villa
Pemain tengah, Stiliyan Petrov menegaskan bahawa Aston Villa perlu mencari konsistensi jika mahu diikhtiraf dan dihormati di dalam Liga Premier.
Blackburn
Blackburn telah menolak tawaran daripada kelab Newell's Old Boys untuk meminjam khidmat Mauro Formica kerana mereka mahu menjual penyerang itu.
Bolton
Gary Cahill jaringkan golnya yang kedua dalam Liga Premier untuk Bolton menang di tempat lawan buat kali keempat setelah menentang Everton.
Chelsea
Pemain sayap Racing Genk, Kevin De Bruyne mengesahkan yang Chelsea mahu mengambilnya bulan ini dan dia tidak sabar untuk berpindah ke sana.
Everton
Gary Cahill jaringkan golnya yang kedua dalam Liga Premier untuk Everton tewas di tempat sendiri buat kali kelima setelah menentang Bolton.
Fulham
Fulham telah dilapor berminat dengan pemain pertahanan remaja kelab Sheffield United, Harry Maguire yang dianggarkan bernilai sekitar GBP3 juta.
Liverpool
Penyerang Rangers, Nikica Jelavic mengaku dia berbesar dengan spekulasi yang mengaitkannya dengan Liverpool dan mengaku ia ide yang menarik.
Manchester City
James Milner berpendapat bahawa Manchester City kini kembali ke atas landasan setelah belajar daripada kesilapan di dalam jadual musim perayaan.
Manchester United
Demba Ba jaringkan golnya yang ke-15 dalam Liga Premier untuk Man Uted tewas di tempat lawan buat kali pertama setelah menentang Newcastle.
Newcastle United
Demba Ba jaringkan golnya yang ke-15 dalam Liga Premier untuk Newcastle menang di tempat sendiri buat kali kelima setelah menentang Man Utd.
Norwich City
Pengurus, Paul Lambert mengaku akan menurunkan pemain pinggiran Norwich bila menentang Burnley di dalam Piala FA, tetapi yakin mereka akan mara.
Queens Park Rangers
Pihak FA telah menolak rayuan Joey Barton dan pemain tengah Queens Park Rangers itu kini perlu menjalani penggantungan sebanyak tiga perlawanan.
Stoke City
Penyerang Stoke, Jon Waltes memberitahu Tony Pulis yang dia sudah pulih dan jika perlu, dia boleh turun menentang Gillingham di dalam Piala FA.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill mengaku mahu mengambil beberapa pemain baru pada bulan ini kerana isu kecederaan yang melanda pasukannya.
Swansea City
Ashley Williams berkata kemenangan Swansea di Villa Park membuktikan bahawa The Swans boleh menang di mana-mana sahaja di dalam Liga Premier.
Tottenham
Pemain pertahanan Tottenham, Michael Dawson akan kembali ke dalam skuad utama pada hujung minggu ini setelah lima bulan menjalani pemulihan.
West Brom
West Bromwich Albion dilapor akan mengadakan rundingan dengan pemain skuad U21 England, Craig Dawson mengenai kontrak jangka panjang di situ.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Roberto Martinez berkata pasukannya terlalu keletihan untuk memecahkan pertahanan Sunderland, berikutan kekalahan Selasa lalu.
Wolverhampton
Pengurus Bristol, Derek McInnes berkata Wolves tidak pernah membuat tawaran untuk Nicky Maynard dan dia masih berharap dapat mengekalkannya.
No comments:
Post a Comment