Athletic Bilbao
Presiden Barcelona, Sandro Rosell mahukan pengurus Bilbao, Marcelo Bielsa, sekiranya Pep Guardiola keluar daripada Camp Nou pada tahun depan.
Atletico Madrid
Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo enggan mengesahkan sama ada pemain sayap, Jose Antonio Reyes akan menyertai Sevilla pada bulan ini.
Barcelona
Presiden Barcelona, Sandro Rosell mahukan pengurus Bilbao, Marcelo Bielsa, sekiranya Pep Guardiola keluar daripada Camp Nou pada tahun depan.
Espanyol
Penyerang Espanyol, Sergio Garcia beri amaran kepada pasukannya supaya berwaspada dengan Cordoba, walaupun ia perlawanan mudah, di atas kertas.
Getafe
Getafe dilapor sedang cuba meminjam khidmat pemain tengah Schalke, Jose Manuel Jurado dengan pilihan untuk membelinya pada hujung musim nanti.
Granada
Pengurus Granada, Fabri Gonzalez dapat berlatih bersama semua pemain pasukannya - kali pertama dia dapat berbuat demikian sejak dua bulan lalu.
Levante
Gustavo Cabral beri amaran kepada pasukan Levante supaya jangan mengulangi aksi babak pertama menentang Depor, bila mereka bertemu Alcorcon.
Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini masih bercita-cita besar bila dia menafikan pendapat bahawa mereka hanya akan cuba seri di Real Madrid nanti.
Osasuna
Berita buruk untuk Osasuna kerana pemain pertahanan, Rodrigues Roversi telah cedera ketika berlatih dan tidak dapat berkunjung ke Camp Nou.
Racing Santander
Sangka Sevilla, bahawa dengan mudah boleh meyakinkan Racing supaya melepaskan Alvaro Gonzalez, tetapi tawaran EUR1.5 juta mereka telah ditolak.
Rayo Vallecano
Penyerang Rayo, Andrija Delibasic berazam mengambil kesempatan terbadap rekod buruk Sevilla di tempat lawan, bila mereka bertemu minggu ini.
Real Betis
Real Betis mahu melanjutkan kontrak kapten mereka, Iriney, akan tetapi gajinya yang tinggi mungkin menjadi batu penghalang kepada kelab itu.
Real Madrid
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho menjawab spekulasi pasaran dengan menegaskan bahawa dia akan menamatkan musim ini dengan pasukan sedia ada.
Real Mallorca
Pemain tengah Mallorca, Akihiro Ienaga dijangka keluar daripada kelab itu pada bulan ini, setelah gagal menarik perhatian Joaquin Caparros.
Real Sociedad
Daniel Estrada percaya pertemuan dengan Mallorca adalah perlawanan yang terbuka, tetapi mahu Sociedad memastikan kemenangan di tempat sendiri.
Real Zaragoza
Pengurus baru Real Zaragoza, Manolo Jimenez mendedahkan bahawa dia telah meminta pemain baru, tetapi sedar akan situasi kewangan kelab itu.
Sevilla
Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo enggan mengesahkan sama ada pemain sayap, Jose Antonio Reyes akan menyertai Sevilla pada bulan ini.
Sporting Gijon
Adrian Colunga masih menjadi sasaran utama Sporting Gijon, tetapi mereka mungkin perlu bersaing dengan pengurus baru Zaragoza, Manolo Jimenez.
Valencia
Penyerang Valencia, Roberto Soldado berharap prestasinya untuk Los Che akan membantu dia memenangi tempat dalam skuad Sepanyol ke Euro 2012.
Villarreal
Nilmar umumkan bahawa dia semakin pulih dan sedar akan jumlah harapan yang berada di atas bahunya supaya dia menyelamatkan kelab Villarreal.
No comments:
Post a Comment