Athletic Bilbao
Athletic Bilbao mara ke separuh akhir Copa setelah menyingkirkan Mallorca daripada pertandingan itu bila Ivan Ramis jaringkan gol sendiri.
Atletico Madrid
Pemain tengah Atletico Madrid, Koke berkata dia selesa di posisi barunya dan mereka hanya fokus pada perlawanan seterusnya menentang Osasuna.
Barcelona
Barcelona mara ke separuh akhir Copa del Rey setelah Daniel Alves jaringkan gol untuk menyingkirkan Real Madrid daripada pertandingan itu.
Espanyol
Raul Baena mengaku berasa sedih setelah Espanyol tersingkir daripada Copa dan tidak dapat menerangkan bagaimana mereka tewas kepada Mirandes.
Getafe
Michel berharap pasukan Getafe boleh menggunakan momentum mereka ketika ini untuk menewaskan Levante sebelum mereka hadapi Real Madrid pula.
Granada
Pengurus baru Granada, Abel Resino yakin pasukannya boleh kekal di dalam La Liga dan mengaku yang mereka sedang berusaha mengambil pemain baru.
Levante
Pemain baru Levante, Oscar Serrano berazam untuk membuktikan yang dia masih boleh bermain selepas pulih daripada dua kecederaan yang serius.
Malaga
Penyerang Malaga, Salomon Rondon memahami rasa tidak puas hati penyokong, tetapi menegaskan bahawa mereka masih boleh ke Eropah musim depan.
Osasuna
Penyerang Osasuna, Dejan Lekic gembira memulakan perlawanan buat kali pertama dan mengaku kini amat berkeyakinan - tidak seperti musim lalu.
Racing Santander
Berita baik untuk pengurus Racing, Juanjo Gonzalez kerana Christian Stuani disahkan tidak mengalami cedera teruk dan boleh bermain minggu ini.
Rayo Vallecano
Direktor Rayo, Felipe Minambres berharap dapat melengkapkan urusniaga mengambil Emiliano Armenteros dan Jorge Pulido pada hujung minggu ini.
Real Betis
Betis dilapor mencapai persetujuan dengan penyerang Olhanense, Salvador Agra untuk berpindah pada bulan Jun dan mengikat kontrak tiga tahun.
Real Madrid
Barcelona mara ke separuh akhir Copa del Rey setelah Daniel Alves jaringkan gol untuk menyingkirkan Real Madrid daripada pertandingan itu.
Real Mallorca
Athletic Bilbao mara ke separuh akhir Copa setelah menyingkirkan Mallorca daripada pertandingan itu bila Ivan Ramis jaringkan gol sendiri.
Real Sociedad
Presiden Real Sociedad, Jokin Aperribay berkata kelab itu perlu mengubah cara mereka bekerja dan Philippe Montanier adalah calon yang sesuai.
Real Zaragoza
Pemain tengah, Paulo Cesar menegaskan bahawa Zaragoza tidak akan menyerah kalah kepada Real Madrid kerana mereka tidak mampu berbuat demikian.
Sevilla
Sevilla mengaku mereka tidak mampu menolak tawaran Juventus untuk Martin Caseres, di dalam urusniaga yang bakal mencecah angka EUR9.5 juta.
Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Manolo Preciado beri amaran kepada pemainnya supaya mengubah sikap atau situasi mereka akan menjadi semakin rumit.
Valencia
Pengurus, Unai Emery beri amaran kepada Valencia bahawa tidak mustahil bagi Levante mengatasi defisit tiga gol dalam pertemuan kedua mereka.
Villarreal
Villarreal berkata rundingan dengan kelab Tottenham berjalan lancar dan mereka yakin boleh mengambil Giovani dos Santos pada hujung minggu ini.
No comments:
Post a Comment