Thursday, February 2, 2012

Serie A

AC Milan
Milan senaraikan Maxi Lopez, Djamel Mesbah dan Stephan El Shaarawy ke dalam skuad Eropah selepas menggugurkan nama Taiwo, Cassano dan Gattuso.

AS Roma
Pengurus AS Roma, Luis Enrique marah mengenai kekalahan kepada Cagliari dan mendakwa mereka tidak akan ke mana-mana dengan aksi yang sebegitu.

Atalanta
Stefano Colantuono berkata dia benarkan Simone Padoin menyertai Juventus kerana dia berhak mendapat peluang bermain di kelab yang lebih besar.

Bologna
Marco Di Vaio adalah penjaring terbanyak Bologna dengan 6 gol setelah membuat 42 cubaan dalam 20 kemunculannya untuk Rossoblu pada musim ini.

Cagliari
Pemain tengah, Albin Ekdal gembira kini diberi peluang beraksi selama 90 minit di Cagliari dan mengaku bahawa keyakinannya telah meningkat.

Catania
Agen Osarimen Ebagua mendakwa bahawa penyerang itu mendapat banyak tawaran tetapi dia menyertai Catania kerana mahu merasai pengalaman Serie A.

Cesena
Daniele Arrigoni percaya sebelum dia diarah keluar, Cesena telah menangani Napoli dengan baik, tetapi akui Partenopei adalah skuad yang hebat.

Chievo
Cyril Thereau jaringkan golnya yang ketiga dalam Serie A untuk Cheivo menang di tempat lawan buat kali yang kedua setelah menentang Novara.

Fiorentina
Direktor pengurusan Fiorentina, Sandro Mencucci sekali lagi menafikan bahawa kedudukan direktor sukan, Pantaleo Corvino di kelab itu tergugat.

Genoa
Racing Club dilaporkan sudah hampir berjaya mencapai persetujuan untuk meminjam khidmat penyerang kelab Genoa, Lucas Pratto selama 18 bulan.

Inter Milan
Angelo Palombo gembira berpindah ke Inter, tetapi mengaku bahawa rundingan dilakukan pada saat akhir dan dia sendiri tidak menjangkakannya.

Juventus
Agen Michele Pazienza berkata pemain tengah itu menolak tawaran Genoa dan menyertai Udinese kerana dia mahu kembali ke Juventus pada bulan Jun.

Lazio
Pengurus Lazio, Edy Reja mengaku dia bertengkar dengan direktor, Igli Tare kerana melepaskan Cisse dan Sculli, tetapi gagal mencari pengganti.

Lecce
Lecce berjaya melengkapkan pembelian Alexander Mirarchi tetapi penjaga gol itu akan kekal bersama Nardo kerana menghadapi masalah keluarga.

Napoli
Soma Novothny sedang menjalani ujian kesihatan di Napoli dan dijangka akan menyertai skuad Partenopei sebaik sahaja perpindahannya selesai.

Novara
Cyril Thereau jaringkan golnya yang ketiga dalam Serie A untuk Novara tewas di tempat sendiri buat kali yang kelima setelah menentang Chievo.

Palermo
Penjaga gol Palermo, Viviano tidak pasti sama ada dia akan kembali ke Inter pada musim hadapan, walaupun dilabel sebagai pengganti Julio Cesar.

Parma
Hernan Crespo mengesahkan bahawa dia telah membatalkan kontraknya dengan Parma kerana dia tidak lagi diperlukan dalam skuad utama kelab itu.

Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino gugurkan penjaga gol,Zeljko Brkic daripada pasukannya untuk perlawanan menentang Juventus pada minggu ini.

Udinese
Agen Michele Pazienza berkata pemain tengah itu menolak tawaran Genoa dan menyertai Udinese kerana dia mahu kembali ke Juventus pada bulan Jun.

No comments:

Post a Comment