Arsenal
Pengurus, Arsene Wenger akan mencari pemain baru kerana seorang lagi pemain pertahanannya mengalami kecederaan ketika mereka menewaskan QPR.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish memuji semangat dan ketenangan pasukannya berikutan kemenangan sensasi ke atas Chelsea di Stamford Bridge.
Blackburn
Steve Kean mahu pemain muda Blackburn menggunakan kemenangan ke atas Man Utd di Old Trafford sebagai batu loncatan untuk kejayaan masa hadapan.
Bolton
Owen Coyle percaya Bolton agak malang gagal mendapatkan tiga mata ketika menentang Wolves dan mengaku dia mahu mencari pemain baru bulan ini.
Chelsea
Andre Villas-Boas mengaku pasukannya menerima padah kerana gagal menyempurnakan peluang yang ada dalam kekalahan kepada pelawat, Aston Villa.
Everton
Phil Jagielka gembira berada di Everton dan tiada niat untuk keluar, dan berharap David Moyes akan dibenarkan mengambil pemain baru bulan ini.
Fulham
Martin Jol gembira dengan persembahan Kerim Frei dan Orlando Sa ketika seri di Norwich dan mengesahkan yang dia mahukan pemain baru bulan ini.
Liverpool
Glen Johnson yakin kepulangan Steven Gerrard akan membakar kempen Liverpool, dan kemenangan ke atas Newcastle mungkin adalah titik perubahan.
Manchester City
Kontrak Roberto Mancini di Manchester City akan tamat kurang daripada 18 bulan lagi, tetapi dia tidak terburu-buru untuk membuka rundingan baru.
Manchester United
Sir Alex Ferguson mengaku Man Utd telah menerima padah akibat pertahanan yang lemah dan kekalahan kepada Blackburn adalah suatu malapetaka.
Newcastle United
Pemain tengah, Cheik Tiote bimbang perlawanan menentang Manchester Utd mungkin adalah yang terakhir baginya sebelum dia ke Piala Negara Afrika.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert memuji usaha berpasukan para pemainnya dan penjaring gol, Simeon Jackson dalam keputusan seri dengan Fulham.
Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock puas hati dengan cara pasukannya bermain ketika menentang Arsenal, tetapi kesal dengan gol teruk yang dilepaskan.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mendakwa bahawa mereka sepatutnya menerima tiga mata jika bukan kerana keputusan penalti ketika seri dengan Wigan.
Sunderland
Pengurus, Martin O'Neill beri amaran kepada Sunderland bahawa mereka masih diancam penyingkiran, walaupun membuat peningkatan sejak dia tiba.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers berpendapat sepatutnya mereka dengan mudah boleh menewaskan Tottenham setelah bermain dengan amat cemerlang.
Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp memuji Stoke dan mendakwa bahawa banyak kelab akan berasa puas hati jika berjaya seri di Stadium Liberty.
West Brom
Pengurus, Roy Hodgson mengaku bahawa ada kemungkinan yang dia akan duduk berunding dengan pihak West Brom mengenai kontrak baru di kelab itu.
Wigan Athletic
Roberto Martinez puas hati setelah pemain Wigan menunjukkan segala ciri-ciri sebuah pasukannya yang bagus berikutan keputusan seri di Stoke.
Wolverhampton
Mick McCarthy berpendapat bahawa Wolves 'tiada harapan' dan 'teruk' dalam babak pertama di Bolton, tetapi puas hati mereka berjaya juga seri.
No comments:
Post a Comment