Thursday, February 2, 2012

EPL

Arsenal
Mikel Arteta menegaskan bahawa dia dan rakan sepasukannya perlu menunjukkan lebih banyak kualiti jika Arsenal mahu menduduki 4 tempat teratas.

Aston Villa
Aston Villa mengesahkan bahawa Habib Beye telah membatalkan kontraknya di situ atas persetujuan bersama, menjelang perpindahannya ke Doncaster.

Blackburn
Steve Kean berharap Spurs boleh memulihkan kecergasan Ryan Nelson yang keluar dari Blackburn dan menandatangani kontrak di White Hart Lane.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle menegaskan bahawa Kevin Davies mempunyai peranan penting untuk dimainkan di kelab itu sepanjang baki musim ini.

Chelsea
Chelsea mengesahkan bahawa Sam Walker telah menandatangani kontrak baru di situ sehingga 2014, sementara Aziz Deen-Conteh pula sehingga 2013.

Everton
Nikica Jelavic menegaskan bahawa dia tidak memaksa Rangers menjualkannya kepada Everton dan dia hanya keluar kerana kelab itu perlukan wang.

Fulham
Pemain tengah Fulham, Steve Sidwell tidak dapat beraksi selama enam minggu setelah dia mengalami kecederaan burut ketika menentang West Brom.

Liverpool
Pemain milik Liverpool, Joe Cole gembira bermain untuk kelab Lille di Ligue 1, tetapi tidak pasti di mana dia akan berada pada musim hadapan.

Manchester City
Carlos Tevez nafi menuduh Man City telah beri layanan pelik kepadanya dan bahawa dia tidak pedulikan pendapat orang lain mengenai dirinya.

Manchester United
Quinton Fortunes percaya Antonio Valencia boleh menjadi senjata rahsia untuk kelab Manchester United dalam merebut gelaran juara Liga Premier.

Newcastle United
Pemain tengah Newcastle, Yohan Cabaye yang bakal terlepas dua lagi perlawanan, mendakwa bahawa penggantungannya adalah suatu ketidakadilan.

Norwich City
Paul Lambert yakin Grant Holt tidak terjejas walaupun Rangers membuat tawaran, yang didakwanya jauh daripada nilai yang diminta oleh Norwich.

Queens Park Rangers
Luke Young menegaskan bahawa Queens Park Rangers hanya mahu mensasarkan status Liga Premier walaupun selepas membawa masuk ramai pemain baru.

Stoke City
Kapten Stoke City, Ryan Shawcross percaya perlawanan menentang Sunderland adalah permulaan kepada bulan yang bakal menentukan nasib mereka.

Sunderland
Penyerang Sunderland, Stephane Sessegnon percaya dia dan Fraizer Campbell boleh wujudkan gandingan berbisa di bahawa pengurus, Martin O'Neill.

Swansea City
Berita buruk untuk Swansea City kerana pemain tengah, Ferrie Bodde telah mengalami kecederaan lutut ketika menentang skuad simpanan Arsenal.

Tottenham
Steve Kean berharap Spurs boleh memulihkan kecergasan Ryan Nelson yang keluar dari Blackburn dan menandatangani kontrak di White Hart Lane.

West Brom
West Brom dilapor bersedia untuk mengambil pemain pertahanan Nottingham Forest, Luke Chambers bila kontraknya tamat pada hujung musim ini.

Wigan Athletic
Pengurus, Roberto Martinez yakin Wigan kini berada dalam situasi yang lebih baik setelah mengambil Jean Beausejour dalam pasaran bulan lepas.

Wolverhampton
Bintang Wolves, Emmanuel Frimpong percaya pihak FA akan ambil pendekatan berbeza jika situasi dalam kes Ferdinand-Terry adalah bertentangan.

No comments:

Post a Comment