Friday, February 17, 2012

EPL

Arsenal
Pengurus Arenal, Arsene Wenger umumkan bahawa Per Mertesacker tidak dapat beraksi untuk suatu jangka masa panjang telah menjalani pembedahan.

Aston Villa
Carlos Cuellar berkata dia mahu membalas keyakinan Alex McLeish terhadapnya dengan membantu pengurus Aston Villa itu memperbaiki rekod skuad.

Blackburn
Bradley Orr berharap Blackburn boleh mengelakkan gawang daripada dibolosi sebanyak beberapa perlawanan bagi membantu mereka kekal dalam liga.

Bolton
Pengurus, Owen Coyle percaya satu lagi kemaraan jauh di dalam Piala FA pada musim ini boleh memberi kesan baik pada kempen Liga Premier Bolton.

Chelsea
Andre Villas-Boas nafi dia bertengkar dengan Gary Cahill setelah pemain Chelsea itu diletakkan pada bangku simpanan ketika menentang Everton.

Everton
Pengurus Everton, David Moyes berasa kagum dengan kebangkitan Blackpool pada musim ini dan menjangkakan perlawanan yang sukar dalam Piala FA.

Fulham
Simon Davies percaya cuti tiba pada waktu yang tepat untuk Fulham yang perlu mengembalikan kecergasan bagi menamatkan musim ini dengan baik.

Liverpool
Kenny Dalglish percaya kejayaan di dalam pertandingan tempatan boleh menjadi bukti bahawa Liverpool telah membuat kemajuan pada musim ini.

Manchester City
Yaya Toure berpendapat bahawa kepulangan Carlos Tevez tidak akan menjejaskan keharmonian skuad Man City dalam usaha mereka mengejar kejuaraan.

Manchester United
Pengurus Ajax, Frank de Boer yakin bahawa pemain sasaran kelab Liga Premier, Jan Vertonghen sudah hampir sampai ke tahap pemain Manchester Utd.

Newcastle United
Penjaga gol, Fraser Forster mendedahkan bahawa agennya sedang berunding dengan Celtic mengenai pembelian kontraknya daripada Newcastle Utd.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert menegaskan bahawa status Liga Premier adalah keutamaannya, menjelang perlawanan Piala Fa menentang Leicester.

Queens Park Rangers
Queens Park Rangers mungkin sekali lagi akan cuba mendapatkan pemain tengah, Michael Ballack yang dibenarkan keluar daripada Bayer Leverkusen.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mengalukan cara pemainnya menangani jadual perlawanan padat yang telah diserahkan kepada mereka pada musim ini.

Sunderland
Martin O'Neill berharap Sunderland boleh menambah kesengsaraan Arsenal di Piala FA dan beri amaran kepada peminat Gunners yang tidak puas hati.

Swansea City
Pengerusi, Huw Jenkins mengaku Swansea perlu bersedia menghadapi kemungkinan pengurus, Brendan Rodgers akan menyertai kelab yang lebih besar.

Tottenham
Anschutz Entertainment Group telah menafikan laporan yang mengatakan mereka sedang berunding untuk membeli Tottenham dengan harga GBP450 juta.

West Brom
Zolta Gera yang putus ligamen berpendapat bahawa dia mempunyai peluang tipis untuk kembali beraksi untuk West Brom sebelum musim ini tamat.

Wigan Athletic
Pengerusi, Dave Whelan menafikan laporan yang mengatakan dia mungkin menjual kelab Wigan Athletic dan Stadium DW kepada pemilik Wigan Warriors.

Wolverhampton
CEO Wolves, Jez Moxey masih optimistik yang kelab itu boleh melantik pengganti Mick McCarthy sebelum perlawanan mereka menentang Newcastle.

No comments:

Post a Comment