Thursday, February 23, 2012

Serie A

AC Milan
Bekas penyerang Manchester City, Robinho mengaku yang dia gembira berada di Milan dan mahu kekal bersama skuad Rossoneri untuk 10 tahun lagi.

AS Roma
Roma membayangkan yang mereka sanggup menjual pemain tengah, David Pizarro kepada kelab yang meminjamnya, Man City, jika semua pihak bersetuju.

Atalanta
Atalanta dan Chievo dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain tengah Foggia, Carmine Marinaro dengan niat mengambilnya pada musim panas.

Bologna
Presiden Bologna, Albano Guaraldi tidak menolak kemungkinan bintang Uruguay, Gaston Ramirez akan kekal di kelab itu pada musim panas nanti.

Cagliari
Berita baik untuk pengurus Cagliari kerana Nene telah kembali menjalani latihan skuad, tetapi Andrea Cossu mungkin tidak dapat menentang Lecce.

Catania
Presiden Catania, Antonino Pulvirenti gembira dengan kemenangan ke atas Siena dan berkata mereka tidak akan menghalang pemain daripada keluar.

Cesena
Mario Alberto Santana menegaskan bahawa dia tidak menyesal keluar daripada Napoli untuk ke Cesena kerana dia dapat bermain dengan lebih kerap.

Chievo
Chievo dan Atalanta dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain tengah Foggia, Carmine Marinaro dengan niat mengambilnya pada musim panas.

Fiorentina
Fiorentina dilapor mahu melanjutkan kontrak direktor sukan, Pantaleo Corvino selama 12 bulan dan bukannya menawarkan kontrak 3 tahun yang baru.

Genoa
Penyerang Genoa, Alberto Gilardino dijangka tidak dapat menentang kelab lamanya, Parma minggu ini kerana dia masih mengalami masalah otot paha.

Inter Milan
Penjaga gol Inter Milan, Julio Cesar gesa rakan sepasukannya untuk menunjukkan semangat dan kekuatan bagi mengatasi situasi mereka sekarang.

Juventus
Pihak Juventus dilapor sanggup menawarkan EUR30 juta untuk mendapatkan tandatangan penyerang Liverpool, Luis Suarez pada musim panas nanti.

Lazio
Atletico akan bertemu Besiktas di peringkat 16 terakhir setelah Diego Godin jaringkan gol pertamanya dalam Liga Europa untuk singkirkan Lazio.

Lecce
Massimiliano Benassi beri amaran kepada skuad Lecce supaya jangan terburu-buru merebut dua mata yang diperlukan untuk keluar dari zon bahaya.

Napoli
Agen Ezequiel Lavezzi percaya adalah terlalu awal untuk bercakap mengenai masa depan pemain itu, tetapi De Laurentiis mahu dia kekal di Napoli.

Novara
Penyerang, Jeda percaya skuad Novara boleh meningkatkan peluang mereka mendapatkan keputusan jika mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati.

Palermo
Pengurus Palermo, Bortolo Mutti percaya jalan terbaik adalah untuk menunggu sehingga musim tamat sebelum membuka rundingan mengenai kontraknya.

Parma
Daniele Galloppa percaya Parma boleh mendapatkan keputusan positif sekiranya mereka mendekati perlawanan di Genoa dengan minda yang betul.

Siena
Penyerang Siena, Emanuele Calaio telah digantung satu perlawanan dan didenda EUR2,000 kerana simulasi di dalam perlawanan menentang Catania.

Udinese
Udinese akan menentang Alkmaar di peringkat 16 terakhir setelah Danilo jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Europa untuk singkirkan PAOK.

No comments:

Post a Comment