Arsenal
David O'Leary percaya pengurus Arsenal, Arsene Wenger kecewa dengan ramai bintang utamanya dan perlu menjual enam orang daripada pemainnya.
Aston Villa
Pengurus, Alex McLeish mengesahkan yang Aston Villa telah membuka rundingan dengan pemain pertahanan, Carlos Cuellar mengenai kontrak baru.
Blackburn
Pemain remaja Sweden, Admir Bajrovic telah diberi peluang untuk menarik perhatian Blackburn setelah dijemput menjalani ujian di kelab itu.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle berpendapat bahawa Chelsea perlu beri lebih banyak masa kepada Andre Villas-Boas yang dia yakin pasti akan berjaya.
Chelsea
Andres Villas-Boas mengaku Chelsea amat terasa ketiadaan kapten, John Terry dan berharap pemain itu akan boleh bermain semula tidak lama lagi.
Everton
Pemain Everton, Darron Gibson telah menarik diri daripada skuad Republik Ireland yang akan menentang Republik Czech kerana kecederaan lutut.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mahu skuadnya fokus pada usaha tewaskan jiran dari London, QPR dan bukannya terhadap Bobby Zamora dan Mark Hughes.
Liverpool
Pihak Juventus dilapor sanggup menawarkan EUR30 juta untuk mendapatkan tandatangan penyerang Liverpool, Luis Suarez pada musim panas nanti.
Manchester City
Roma membayangkan yang mereka sanggup menjual pemain tengah, David Pizarro kepada kelab yang meminjamnya, Man City, jika semua pihak bersetuju.
Manchester United
Man Utd akan bertemu Bilbao di peringkat 16 terakhir setelah Javier Hernandez jaringkan gol keduanya dalam Liga Europa untuk singkirkan Ajax.
Newcastle United
Pengurus Alan Pardew tidak bimbang mengenai reaksi penyokong Newcastle, berikutan nama St James Park yang ditanggalkan daripada stadium mereka.
Norwich City
Pemain pertahanan Norwich City, Ryan Bennett telah dipanggil menyertai skuad U21 England untuk perlawanan kelayakan Eropah menentang Belgium.
Queens Park Rangers
Shaun Wright-Phillips menegaskan bahawa kekalahan teruk QPR di Fulham awal musim ini bukanlah satu isu, menjelang kunjungan skuad Cottagers.
Stoke City
Valencia akan bertemu PSV dalam peringkat 16 terakhir Liga Europa setelah Jonas jaringkan golnya yang ke-4 di Eropah untuk singkirkan Stoke.
Sunderland
Stuart Pearce anggap Fraizer Campbell sebagai 'bakat yang menarik' setelah memanggil pemain Sunderland itu untuk perlawanan England-Belanda.
Swansea City
Penolong pengurus, Colin Pascoe ramal pemain harapan Swansea akan cepat-cepat melupakan kekecewaan tidak dipanggil menyertai skuad England.
Tottenham
Prestasi cemerlang Louis Saha dalam memulakan kerjayanya bersama Tottenham telah menyaksikannya dipanggil menyertai perlawanan Perancis-Jerman.
West Brom
Michael Appleton tidak membuat masa mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Erik Huseklepp dengan mengambil pemain West Brom, Scott Allan.
Wigan Athletic
Wigan Athletic dilapor berminat dengan pemain Crew Alexandra, Nick Powell dan Max Clayton dan telah meninjau mereka bermain pada minggu ini.
Wolverhampton
Bekas pengurus Rangers, Walter Smith mengesahkan bahawa dia telah menolak tawaran daripada Wolves untuk menggantikan tempat Mick McCarthy.
No comments:
Post a Comment