Arsenal
Pengurus, Arsene Wenger mahu Arsenal melupakan kekecewaan gagal mendapatkan piala pada musim ini dan beri tumpuan pada derbi hujung minggu ini.
Aston Villa
Robbie Kean mengaku dia tidak boleh menolak kemungkinan mengikut kontrak dengan kelab Liga Premier, tetapi dia tidak akan kekal di Aston Villa.
Blackburn
Pemain pertahanan Blackburn dan U19 Wales, Adam Henley berkata dia belum membuat keputusan mengenai skuad kebangsaan yang mahu diwakilinya.
Bolton
Bolton akan menentang sama ada Tottenham atau Stevenage dalam suku akhir Piala FA pada bulan depan, berikutan kemenangan ke atas Millwall.
Chelsea
Andre Villas-Boas masih nekad untuk mara ke suku akhir Liga Juara-juara, walaupun selepas mengakui bahawa skuadnya mengalami krisis keyakinan.
Everton
Everton akan menerima kunjungan Sunderland di peringkat suku akhir Piala FA pada bulan hadapan, berikutan kemenangan mereka ke atas Blackpool.
Fulham
Pemain Fulham, Aaron Hughes telah menukar keputusannya untuk bersara dari peringkat antarabangsa dan sedia kembali bermain untuk Ireland Utara.
Liverpool
Liverpool akan menerima kunjungan Stoke di peringkat suku akhir Piala FA pada bulan hadapan, berikutan kemenangan mereka ke atas Brighton.
Manchester City
Pemain tengah Manchester City, Yaya Toure mengaku dia mungkin bersara dari pasukan Ivory Coast bagi membantu kerjayanya di peringkat kelab.
Manchester United
Wayne Rooney yakin usaha Manchester Utd mengejar gelaran Liga Europa pada musim ini tidak akan menjejaskan kempen mereka di dalam Liga Premier.
Newcastle United
Robbie Elliott berkata prestasi Newcastle pada musim ini adalah hasil kesetiaan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh Alan Pardew pada pemainnya.
Norwich City
Pengurus, Paul Lambert akui Grant Holt dan Kyle Naughton tidak diturunkan menentang Leicester bagi memastikan mereka segar untuk Liga Premier.
Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Mark Hughes mengharapkan reaksi positif daripada skuadnya berikutan kepulangan mereka ke kelab itu dari Portugal.
Stoke City
Stoke City akan berkunjung ke Anfield untuk perlawanan suku akhir Piala FA menentang Liverpool, berikutan kemenangan mereka ke atas Crawley.
Sunderland
Sunderland akan berkunjung ke Goodison Park untuk peringkat suku akhir Piala FA menentang Everton, berikutan kemenangan mereka ke atas Arsenal.
Swansea City
Leon Britton tegaskan yang dia tidak terlalu memikirkan tentang peluang bermain untuk England dan lebih bimbang mengenai tempatnya di Swansea.
Tottenham
Harry Redknapp mengaku Tottenham gagal menunjukkan persembahan terbaik ketika bertemu Stevenage, tetapi puas hati masih berada dalam Piala FA.
West Brom
Pemain tengah, George Thorne telah kembali menyertai Portsmouth buat kali yang kedua setelah West Brom setuju meminjamkannya selama sebulan.
Wigan Athletic
Agen Victor Moses berkata pemain Wigan itu sedia untuk melupakan impiannya menyertai skuad England dan menawarkan komitmennya kepada Nigeria.
Wolverhampton
Direktor sukan Reading, Nicky Hammond telah menafikan segala laporan yang telah mengaitkan Brian McDermont dengan jawatan pengurus di Wolves.
No comments:
Post a Comment