Wednesday, February 8, 2012

Serie A

AC Milan
Martin Caseres jaringkan dua gol untuk Juventus mendahului Milan dalam pertemuan pertama mereka dalam separuh akhir Coppa Italia di San Siro.

AS Roma
Daniele De Rossi jaringkan golnya yang keempat dalam Serie A untuk Roma seri di tempat lawan buat kali yang kedua setelah menentang Catania.

Atalanta
Juventus dilapor masih mengikuti perkembangan Schelotto dan Gabbiadini di Atalanta dan sedang menyediakan tawaran untuk musim panas nanti.

Bologna
Penyerang Bologna, Marco Di Vaio yakin dia sempat pulih sebelum perlawanan besar menentang pendahulu Serie A, Juventus pada hujung minggu ini.

Cagliari
Cagliari akhirnya menyenaraikan Ronaldo Pompeu Da Silva sebagai sasaran mereka setelah sekian lama memerhatikan pemain tengah Grosseto itu.

Catania
Nicola Legrottaglie jaringkan golnya yang keempat dalam Serie A untuk Catania seri di tempat sendiri buat kali keempat setelah bertemu Roma.

Cesena
Pengurus Cesena, Daniele Arrigoni berkata dia masih boleh gunakan formasi 3-5-2 dan melakukan sesuatu yang penting dengan pemain yang ada.

Chievo
Universidad de Chile dilapor mahu mendapatkan khidmat penyerang Chievo, Fernando Uribe setelah mereka benarkan Canales meninggalkan kelab itu.

Fiorentina
Presiden FA Montenegro, Dejan Savicevic percaya Stevan Jovetic akan keluar dari Fiorentina pada bulan Jun dan menyertai kelab utama Eropah.

Genoa
Alberto Gilardino berharap akan kembali menjadi pemain tetap dalam skuad kebangsaan dan menyertai Euro 2012, berikutan perpindahannya ke Genoa.

Inter Milan
Bayern dan Milan tidak pernah menghubungi pemain pertahanan Inter, Cristian Chivu, tetapi dia akan pertimbangkan tawaran kedua-dua kelab itu.

Juventus
Martin Caseres jaringkan dua gol untuk Juventus mendahului Milan dalam pertemuan pertama mereka dalam separuh akhir Coppa Italia di San Siro.

Lazio
Direktor, Igli Tare menegaskan bahawa Lazio tidak mahu melemahkan pasukan mereka dengan menjual Djibril Cisse, tetapi pemain itu mahu keluar.

Lecce
Pemain pertahanan Lecce, Davide Brivio menegaskan bahawa pasukannya akan turun menentang Atalanta dengan niat mendapatkan keputusan positif.

Napoli
Laporan mengatakan bahawa Napoli bakal menghubungi Brescia mengenai hasrat mereka untuk membawa pemain tengah, Omar El Kaddouri ke San Paolo.

Novara
Penyerang baru Varese, Pablo Granoche berkata dia keluar dari Novara kerana kelab Serie A itu hanya mahu beri tumpuan kepada penyerang lain.

Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini sedang mempercepatkan pembinaan stadium baru kelab itu yang dijangka akan dibuka pada awal tahun 2014.

Parma
Cristian Zaccardo mengaku penyerang Fiorentina, Stevan Jovetic akan benar-benar menguji pertahanan Parma bila mereka bertembung minggu ini.

Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino mengaku teruja untuk beri peluang kepada pemain pinggiran melakukan sesuatu yang penting dalam Coppa Italia.

Udinese
Francesco Guidolin mahu Udinese bermain dengan lebih garang jika mereka mahu menewaskan Milan pada minggu ini serta mara di dalam Liga Europa.

No comments:

Post a Comment