Monday, February 6, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Penyerang Athletic Bilbao, Oscar de Marcos mengaku dia teruja dan gemuruh mengenai kemungkinan bermain di dalam perlawanan akhir Copa del Rey.

Atletico Madrid
Diego Simeone menggesa Atletico Madrid supaya meneruskan peningkatan mereka di bahagian pertahanan yang memastikan mereka seri dengan Valencia.

Barcelona
Pemain tengah, Javier Mascherano yakin bahawa Barcelona akan kembali merebut gelaran juara La Liga sebaik sahaja Real Madrid mencicirkan mata.

Espanyol
Philippe Coutinho gembira mengenai kemunculan pertamanya untuk Espanyol dan menegaskan bahawa perkara paling penting adalah keputusan positif.

Getafe
Getafe berada di tempat terakhir dalam carta Fairplay dengan 86 mata penalti setelah menerima 78 kad kuning dan 4 kad merah pada musim ini.

Granada
Inigo Lopez jaringkan golnya yang kedua dalam La Liga untuk Granada menang di tempat sendiri buat kali yang keempat setelah menentang Malaga.

Levante
Penyerang Levante, Arouna Kone percaya adalah lebih baik menentang Real Madrid sekarang berbanding dalam 'perlawanan akhir' hujung musim nanti.

Malaga
Inigo Lopez jaringkan golnya yang kedua dalam La Liga untuk Malaga tewas di tempat lawan buat kali ketujuh setelah menentang skuad Granada.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar berkata Sporting kurang beri tekanan pada babak kedua bagi membolehkan skuadnya menyamakan kedudukan.

Racing Santander
Racing berada di tempat ke-13 di dalam carta Fairplay dengan 67 mata penalti setelah menerima 61 kad kuning dan 3 kad merah pada musim ini.

Rayo Vallecano
Pengurus Rayo Vallecano, Jose Ramon Sandoval puas hati dengan kemenangan ke atas Real Zaragoza - iaitu habuan persembahan baik pasukannya.

Real Betis
Kontrak penyerang Betis, Alejandro Rozuelo telah dilanjutkan secara automatik untuk 2 musim lagi sehingga 2015, selepas dia menentang Mallorca.

Real Madrid
Cristiano Ronaldo dilapor memberitahu keluarganya yang dia mahu kembali ke Man Utd kerana tidak lagi gembira dengan kehidupan di Real Madrid.

Real Mallorca
Real Mallorca berada di tempat ke-17 dalam carta Fairplay dengan 81 mata penalti setelah menerima 71 kad kuning dan 5 kad merah musim ini.

Real Sociedad
Real Sociedad berada di tempat ke-4 dalam carta Fairplay dengan 49 mata penalti setelah menerima 41 kad kuning dan 4 kad merah pada musim ini.

Real Zaragoza
Pengurus Zaragoza, Manolo Jimenez mengaku pasukannya berada dalam keadaan yang rumit dan kesal mereka gagal menang setelah mendahului Rayo.

Sevilla
Sevilla mengumumkan bahawa kelab itu telah ambil keputusan untuk memecat pengurus, Marcelino berikutan kempen 2011-12 yang tidak memuaskan.

Sporting Gijon
Inaki Tejada berkata dia adalah pengurus Sporting sehingga kelab itu umumkan sebaliknya dan dia tiada rancangan selain perlawanan seterusnya.

Valencia
Pengurus Valencia, Unai Emery umumkan bahawa kedudukan mereka di tempat ketiga masih boleh digugat, walaupun selepas seri dengan Atletico.

Villarreal
Pengurus, Jose Francisco Molina mengingatkan Villarreal bahawa mereka masih perlu bekerja keras, berikutan kemenangan pertama di tempat lawan.

No comments:

Post a Comment