AC Milan
Pemain tengah, Paul Pogba tidak akan pertimbangkan tawaran daripada Milan dan Juventus sehinggalah dia telah berunding dengan Manchester Utd.
AS Roma
Gabriel Heinze sedar akan kepentingan derbi Rom pada hujung minggu ini, tetapi ia belum cukup untuk menyelamatkan keseluruhan kempen musim ini.
Atalanta
Pengurus Atalanta, Stefano Colantuono sokong tindakan tegas Luis Enrique terhadap De Rossi, dan berkata dia juga akan buat keputusan yang sama.
Bologna
Andrea Raggi gesa rakan sepasukannya di Bologna supaya mensasarkan kemenangan kerana mereka masih mengawal nasib kelab itu di dalam Serie A.
Cagliari
Pertahanan Cagliari, Davide Astori kecewa dengan keadaan di Sant'Elia, terutamanya setelah melihat bagaiamana stadium baru merubah Juventus.
Catania
Direktor, Pietro Lo Monaco percaya pengurus, Vincenzo Montella akan kekal bersama Catania dan memajukan kerjayanya sebelum sertai kelab besar.
Cesena
Pengurus Cesena, Mario Beretta berharap Vangel Moras sempat pulih dan turun menentang Fiorentina kerana Guana dan Lauro tidak dapat beraksi.
Chievo
Pemain Chievo, Michael Bradley ramalkan perlawanan yang sukar bertemu Itali, tetapi percaya ia adalah ujian yang bagus untuk Amerika Syarikat.
Fiorentina
Pemain tengah Fiorentina, Valon Behrami mengumumkan bahawa dia telah menarik diri daripada skuad Switzerland kerana mengalami masalah otot.
Genoa
Presiden Genoa, Enrico Preziosi menyesal mereka terpaksa menjual Ezequiel Lavezzi pada musim panas 2005 setelah kelab itu turun ke Serie C.
Inter Milan
Inter Milan dilapor telah menyertai persaingan merebut tandatangan penyerang Sporting Lisbon, Ricky van Wolfswinkel pada musim panas nanti.
Juventus
Pemain tengah Galatasaray, Felipe Melo tidak akan kembali ke kelab induk, Juventus dan menegaskan bahawa kerjaya Bianconerinya sudah tamat.
Lazio
Pemain tengah Lazio, Senad Lulic umumkan dia telah menarik diri dari skuad Bosnia setelah mengalami kecederaan yang dirasakannya agak teruk.
Lecce
Penjualan Lecce dilapor kini berada di peringkat yang penting pada minggu ini kerana pembeli, Keluarga Tesoro akan turun membuat rundingan.
Napoli
Agen Marco Donadel mengesahkan bahawa pemain tengah Napoli itu akan menjalani pembedahan dan dia mungkin tidak dapat beraksi lagi musim ini.
Novara
Novara berada di tempat ke-10 dalam carta Fairplay Serie A dengan 58 mata penalti setelah menerima 50 kad kuning dan 4 kad merah musim ini.
Palermo
Emiliano Viviano berterima kasih kepada Palermo dan Prandelli kerana dia kembali ke dalam skuad Itali tidak lama selepas pulih dari cedera.
Parma
Pengurus Parma, Roberto Donadoni berkata dia enggan mengkritik pengadil kerana dia hanya ambil berat tentang hal-hal yang dibawah kawalannya.
Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino percaya perlu ada toleransi tentang keputusan pengadil kerana segalanya akan menjadi seimbang di hujung musim.
Udinese
Pemain Udinese, Giampiero Pinzi sokong komen Gigi Buffon tentang 'gol hantu' dan berkata terdapat banyak hipokrasi di belakang kontroversi itu.
No comments:
Post a Comment