Arsenal
Arsene Wenger percaya persembahan sempurna Arsenal ketika menentang Tottenham membuktikan yang mereka masih mampu memintas Spurs di dalam liga.
Aston Villa
Pengurus, Alex McLeish mengesahkan yang Darren Bent akan terlepas perlawanan perlawanan England-Belanda setelah kakinya tercedera Sabtu lalu.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean akui usaha mereka untuk kekal dalam liga menjadi semakin sukar setelah menjual Christopher Samba kepada Anzhi.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle tiada keraguan mengenai bakat Andres Villas-Boas dan percaya pengurus Chelsea itu akan berjaya di Stamford Bridge.
Chelsea
Pemain tengah, Frank Lampard buat pertama kalinya mengaku bahawa hubungannya dengan pengurus skuad Chelsea, Andre Villas-Boas tidaklah ideal.
Everton
Pemain Everton, James McFadden masih teringin menyertai skuad kebangsaan dan tidak akan biarkan satu pengalaman buruk mematahkan semangatnya.
Fulham
Martin Jol meremehkan pertelagahannya dengan Mark Hughes, dan mengaku dia mungkin menyebabkan pengurus QPR itu tidak selesa ketika berjabat.
Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mengaku cara pasukannya mendapatkan Piala Carling tidaklah menarik, tetapi mereka tidak akan menolaknya.
Manchester City
Pemain Man City, Adam Johnson percaya perasaan kebal di tempat sendiri akan menjadi faktor penting bila mereka menentang Chelsea dan Man Utd.
Manchester United
Sir Alex Ferguson percaya gol Ryan Giggs di waktu kecederaan ketika menentang Norwich mampu menjadi detik istimewa dalam kempen Manchester Utd.
Newcastle United
Alan Pardew berpendapat bahawa kewangan Newcastle kini sihat setelah pihak pengurusan mengambil kembali kuasa kelab dari tangan para pemain.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert percaya pasukannya cemerlang ketika menentang Man Utd, tetapi mengaku berasa amat kecewa tewas di saat akhir.
Queens Park Rangers
Mark Hughes kecewa dengan jumlah mata yang berjaya dikutip oleh QPR sejak dia tiba dan mengaku mereka perlu mengubah keadaan secepat mungkin.
Stoke City
Tony Pulis memuji disiplin dan komitmen pemainnya setelah Stoke City melancarkan kembali kempen mereka berikutan kemenangan ke atas Swansea.
Sunderland
Pengurus, Martin O'Neill percaya kekalahan pasukan Sunderland kepada West Brom mungkin beri manfaat dengan memastikan pemainnya rendah diri.
Swansea City
Pengurus, Brendan Rodgers percaya kegagalan Swansea untuk menangani ancaman udara Stoke telah menjadi faktor utama perlawanan di Britannia.
Tottenham
Pengurus, Harry Redknapp tidak dapat menerangkan apakah kesilapan Tottenham berikutan kekalahan mereka kepada kelab jiran dari London, Arsenal.
West Brom
Roy Hodgson berpendapat West Brom sepatutnya mensasarkan 10 tempat teratas, setelah memuji Marc-Antoine Fortune sebagai wira di belakang tabir.
Wigan Athletic
Roberto Martinez yakin Wigan yang telah menjaringkan 23 gol daripada 26 perlawanan hanya perlukan satu gol untuk mula menyumbat banyak gol.
Wolverhampton
Pengurus, Terry Connor belum berfikir sama ada dia mahukan kontrak tetap kerana tumpuannya hanya pada usaha mengelakkan Wolves turun divisi.
No comments:
Post a Comment