Thursday, February 2, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Javi Martinez percaya kesemua baki perlawanan Bilbao adalah bagaikan perlawanan akhir, walaupun mereka masih bersaing dalam tiga pertandingan.

Atletico Madrid
Radamel Falcao tidak mahu berfikir mengenai tempat ke Liga Juara-juara, walaupun kebelakangan ini Atletico telah mencatatkan rekod yang baik.

Barcelona
Penyerang Valencia, Roberto Saldado percaya komen presiden Barcelona, Sandro Rosell sebelum perlawanan mereka telah mempengaruhi pengadil.

Espanyol
Kiko Casilla gembira setelah melanjutkan kontraknya di Espanyol sehingga 2015 dan berharap dapat menjadi pemain tetap skuad utama kelab itu.

Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia berkata pasukannya berada di tahap yang baik ketika ini, tetapi mengaku bahawa Real Madrid adalah lebih bagus.

Granada
Franco Jara tidak mahu Granada membazirkan kemenangan ke atas Betis dan gesa mereka bersikap rendah diri dan bekerja keras bila bertemu Malaga.

Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio berkata adalah perkara biasa bagi semua pasukan menjadi takut akan tewas bila tiba separuh kedua setiap musim.

Malaga
Pemain sayap Malaga, Santi Cazorla menggesa semua pihak supaya jangan mengganggu tugas para pengadil kerana mereka juga hanyalah insan biasa.

Osasuna
Penyerang Osasuna, Roland Lamah percaya kemenangan ke atas Sporting boleh beri dorongan untuk mereka menang dalam perlawanan di tempat sendiri.

Racing Santander
Berita baik untuk Racing Santander kerana pemain tengah, Pedro Munitis boleh bermain pada hujung minggu ini setelah kad merahnya ditarik balik.

Rayo Vallecano
Pemain tengah Rayo Vallecano, Miguel Perez waspada untuk menghadapi Real Zaragoza kerana skuad tercorot itu pasti amat terdesak untuk menang.

Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel mengaku bahawa pemainnya telah melakukan banyak kesilapan yang merugikan kerana mereka kekurangan pengalaman.

Real Madrid
Pemain tengah pasukan Real Madrid, Mesut Ozil mendedahkan bahawa dia mahu terus kekal bersama kelab gergasi Sepanyol itu sehingga dia bersara.

Real Mallorca
Mallorca keluarkan kenyataan menafikan laporan yang mendakwa naib presiden, Serra Ferrer mahu Betis menang dalam pertemuan mereka minggu ini.

Real Sociedad
Pemain tengah Real Sociedad, Xabi Prieto berkata skuadnya mahu membuat kejutan walaupun Barcelona mempunyai rekod hampir sempurna di Camp Nou.

Real Zaragoza
Pablo Alvarez percaya perpindahannya ke Zaragoza adalah suatu langkah besar bagi kerjayanya dan berkata kelab itu tahu yang dia masih cedera.

Sevilla
Sevilla menafikan bahawa pengurus, Marcelino dan penyerang, Fredy Kanoute sedang bertengkar, dan berkata mereka mempunyai hubungan yang normal.

Sporting Gijon
David Barral terkejut setelah penyokong Sporting mencemuh pasukannya ketika berlatih, tetapi yakin situasi mereka akan berubah tidak lama lagi.

Valencia
Penyerang Valencia, Roberto Saldado percaya komen presiden Barcelona, Sandro Rosell sebelum perlawanan mereka telah mempengaruhi pengadil.

Villarreal
Gonzalo Castellani percaya kemenangan di Sevilla pada hujung minggu ini adalah cara terbaik untuk pasukan Villarreal keluar dari zon bahaya.

No comments:

Post a Comment