Friday, February 3, 2012

Serie A

AC Milan
Pemain baru Inter Milan, Angelo Palombo menegaskan bahawa milan tidak pernah membuat tawaran untuknya sepanjang pasaran pemain bulan Januari.

AS Roma
Direktor Roma, Walter Sabatini membayangkan bahawa mereka tidak akan membeli Simon Kjaer yang gagal membuat impak di kelab itu pada musim ini.

Atalanta
Atalanta mahu menang buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Genoa yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang kelapan.

Bologna
Bologna mahu mengutip mata buat kali kelima berturut-turut bila mereka bertemu Lecce yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali kelapan.

Cagliari
Cagliari mahu menang buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Novara yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali keenam.

Catania
Presiden Torino, Urbano Cairo mendedahkan bahawa kelab itu menolak tawaran bernilai EUR4.5 juta daripada Catania untuk membeli Rolando Bianchi.

Cesena
Penyerang, Vincenzo Iaquinta yang dipinjamkan kepada Cesena, menegaskan bahawa dia mahu kembali dan merampas kembali tempatnya di Juventus.

Chievo
Penyerang veteran, Sergio Pellissier mengaku bahawa dia amat tersiksa sepanjang penantian untuk menjaringkan golnya yang ke-100 untuk Chievo.

Fiorentina
Direktor Genoa, Stefano Capozucca mengesahkan bahawa Grifone telah cuba mendapatkan pemain sayap Fiorentina, Alessio Cerci pada bulan lepas.

Genoa
Direktor Genoa, Stefano Capozucca mengesahkan bahawa Grifone telah cuba mendapatkan pemain sayap Fiorentina, Alessio Cerci pada bulan lepas.

Inter Milan
Pengurus Inter, Claudio Ranieri berasa amat lega setelah mengatahui Wesley Sneijder tidak mengalami kecederaan serius ketika menentang Palermo.

Juventus
Juventus bakal membuka rundingan dengan penjaga gol, Gianluigi Buffon kerana Bianconeri dilapor mahu melanjutkan kontraknya sehingga 2016.

Lazio
Agen Miroslav Klose berkata pemain itu tidak turun sebelum ini kerana dia mempunyai masalah kaki, bukannya kerana bertengkar dengan Igli Tare.

Lecce
Lecce mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Bologna yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang kelima.

Napoli
Presiden Torino, Urbano Cairo mendedahkan bahawa kelab itu menolak tawaran daripada Napoli untuk membeli pemain pertahanan, Angelo Ogbonna.

Novara
Novara tidak mahu tewas buat kali keenam berturut-turut bila mereka menentang Cagliari yang mahu menang di tempat lawan buat kali keempat.

Palermo
Fabrizio Miccoli tidak tergesa-gesa untuk bincangkan kontrak baru di Palermo dan sanggup menunggu sehingga tahun depan sebelum memikirkannya.

Parma
Parma mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Chievo yang hanya dua kali tewas di tempat sendiri musim ini.

Siena
Siena tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila menentang Juventus yang tercicir hanya enam mata di tempat sendiri pada musim ini.

Udinese
Pengurus, Francesco Guidolin membidas penyokong kerana tidak menghargai pencapaian besar pemain Udinese meletakkan kelab itu di tempat ketiga.

No comments:

Post a Comment