Tuesday, February 7, 2012

Serie A

AC Milan
Barcelona dilapor masih mahu cuba mendapatkan Thiago Silva dan telah jadikan pemain Milan itu sebagai sasaran utama dalam pasaran musim panas.

AS Roma
Pengurus AS Roma, Luis Enrique menegaskan bahawa Giallorossi belum boleh mensasarkan Scudetto kerana prestasi mereka tidak cukup konsisten.

Atalanta
Pemain sayap, Ezequeil Schelotto mengaku dia berbesar hati setelah dikaitkan dengan Inter, tetapi menegaskan bahawa dia selesa di Atalanta.

Bologna
Pengurus, Stefano Pioli berkata Bologna sedang melakukan segala yang terdaya dalam cuaca teruk untuk membuat persediaan menghadapi Juventus.

Cagliari
Agen Radja Nainggolan menegaskan bahawa belum pasti pemain tengah Cagliari itu akan menyertai Juventus di dalam pasaran musim panas nanti.

Catania
Vincenzo Montella beri amaran kepada Catania bahawa mereka perlu fokus sepanjang baki 25 minit perlawanan menentang AS Roma yang tertangguh.

Cesena
Cesena tewas kepada Zenit St Petersburg dalam perlawanan persahabatan, setelah Aleksandr Kerzhakov berjaya jaringkan gol tunggal perlawanan.

Chievo
Chievo mengumumkan bahawa mereka telah meminjamkan Simone Grippo kepada Lugano sehingga bulan Jun, berikutan ketibaan Mickael Facchinetti.

Fiorentina
Pengurus baru Galatasaray, Fatih Terim mahu mengambil pemain tengah Fiorentina, Mathieu Flamini dan Riccardo Montolivo pada musim panas nanti.

Genoa
Genoa mengesahkan bahawa penyerang, Lucas Pratto telah dipinjamkan kepada Sarsfield sehingga hujung 2012 dengan keutamaan untuk membelinya.

Inter Milan
Kapten, Javier Zanetti mengaku bahawa Inter telah menangguhkan impian Scudetto mereka dan kini fokus untuk memastikan tempat ketiga dalam liga.

Juventus
Antonio Conte mengumumkan Juventus akan melakukan segala yang termampu untuk tewaskan Milan dalam Coppa, walaupun dia akan merombak skuadnya.

Lazio
Berita baik untuk pengurus Lazio, Edy Reja kerana penyerang, Libor Kozak dijangka akan kembali berlatih pada minggu ini setelah sebulan cedera.

Lecce
Pemilik Lecce, Keluarga Semeraro mengumumkan bahawa mereka sedang menilai sama ada Keluarga Tesoro berkemampuan untuk menguruskan kelab itu.

Napoli
Napoli serius mengenai minat mereka terhadap pemain Benfica, Rodrigo Moreno dan pihak Partenopei dilapor telah menghubungi kelab Portugal itu.

Novara
Pemain tengah, Marco Rigoni mengaku bahawa Novara menghadapi tugas amat sukar menentang Inter, tetapi mereka tidak akan kerugian apa-apa pun.

Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini mengaku bahawa penyerang, Fabrizio Miccoli mungkin akan ditawarkan kontrak yang baru di Stadio Barbera.

Parma
Pengurus Parma, Donadoni telah membandingkan Sebastian Giovinco dengan Gianfranco Zola dan percaya dia bersedia untuk menyertai kelab besar.

Siena
Penyerang, Erjon Bogdani mendakwa bahawa keinginan besar dalam skuad Siena adalah antara sebab dia bersetuju menerima cabaran di kelab itu.

Udinese
Pengurus, Francesco Guidolin yakin Udinese akan memperbaiki daya tumpuan mereka dan beraksi lebih cekap di hadapan gol bila menentang Milan.

No comments:

Post a Comment