AC Milan
Pemain Milan, Mark Van Bommel mengaku dia mungkin sertai PSV pada hujung musim ini, tetapi tiada kontrak yang telah ditandatangani setakat ini.
AS Roma
Direktor sukan Roma, Walter Sabatini mengaku Simon Kjaer mula mengalami masalah keyakinan diri selepas dibuang padang ketika menentang Lazio.
Atalanta
Penyerang Atalanta, Guido Marilungo mendedahkan bahawa Arsenal adalah destinasi pilihannya kerana kelab Inggeris itu mementingkan bakat muda.
Bologna
Penyerang Bologna, Marco Di Vaio berazam untuk mengubah rekodnya menentang penjaga gol Inter, Julio Cesar bila mereka bertembung minggu ini.
Cagliari
Cagliari bersemangat setelah menewaskan San Teodoro 7-0 dalam perlawanan latihan setelah Joaquin Larrivey, Mannoni dan Pisanu jaringkan gol.
Catania
Pengurus Zenit St Petersburg, Luciano Spalletti telah menjadikan pemain Catania, Francesco Lodi sebagai antara keutamaannya pada musim panas.
Cesena
Cesena dilapor perlu bersaing dengan kelab Nuremberg atau Hoffenheim untuk mendapatkan khidmat pemain pinjaman Bayern Munich, Takashi Usami.
Chievo
Direktor sukan, Giovanni Sartori berkata penyokong Chievo boleh bergembira kerana skuad mereka sudah hampir berjaya memastikan status Serie A.
Fiorentina
Penyerang, Amauri gembira berada di Fiorentina dan akan pertimbangkan keputusan menandatangani kontrak baru di kelab itu pada hujung musim ini.
Genoa
Klaus Allofs berkata Werder Bremen mempunyai dana untuk membeli Sokratis daripada Genoa, tetapi mereka tidak akan tergesa-gesa melakukannya.
Inter Milan
Pengurus Inter, Claudio Ranieri gugurkan Walter Samuel, Dejan Stankovic dan Ricky Alvarez daripada skuadnya untuk perlawanan menentang Bologna.
Juventus
Direktor Juventus, Pavel Nedved telah memuji usaha pemainnya ketika menentang Parma, tetapi tidak puas hati dengan persembahan pihak pengadil.
Lazio
Radamel Falcao jaring golnya yang kelima di Eropah musim ini untuk Atletico Madrid mendahului Lazio dengan dua gol setelah bermain di Olimpico.
Lecce
Pertahanan Lecce, Massimo Oddo yakin pasukannya akan menunjukkan persembahan cemerlang dalam perlawanan penting menentang Siena minggu ini.
Napoli
Penyerang, Ezequiel Lavezzi yakin dia akan kekal bersama Napoli pada musim hadapan, setelah menafikan dakwaan yang dia akan menyertai Juventus.
Novara
Novara telah menewaskan Settimo 7-0 dalam perlawanan latihan setelah Mazzarini, Silva, Coubronne, Rubino, Asiedu dan Jeda menjaringkan gol.
Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini mengaku dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil penyerang Liverpool, Luis Suarez jika diberi peluang.
Parma
Pengurus Parma, Roberto Donadoni enggan bercakap mengenai pengadil, dan berpendapat Juventus tiada kelas kerana memprotes keputusan penalti.
Siena
Pemain pertahanan Siena, Cristianop Del Grosso mahu pasukannya menunjukkan keazaman dan fokus bila mereka turun menentang pesaing rapat, Lecce.
Udinese
Pemain Udinese gagal mengambil kesempatan bermain di tempat sendiri setelah hanya seri dengan PAOK Salonika dalam pertemuan pertama mereka.
No comments:
Post a Comment