Sunday, February 5, 2012

EPL

Arsenal
Naib presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menegaskan bahawa penyerang Arsenal, Robin van Persie bukanlah sasaran mereka pada ketika ini.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish puas hati dengan dengan persembahan pasukannya ketika menentang Newcastle, kecuali gol yang mereka lepaskan.

Blackburn
Junior Hoilett dilapor akan menolak minat kelab Tottenham dengan menyertai Bayern Munich bila dia keluar dari Blackburn pada musim panas nanti.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle masih mahukan penyerang Porto, Juan Iturbe dan mungkin akan membuat tawaran sekali lagi untuknya pada musim panas.

Chelsea
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas merungut mengenai beberapa keputusan pelik pengadil Howard Webb di dalam keputusan seri dengan Man Utd.

Everton
Pemain Everton, Steven Pienaar percaya Spurs perlu bekerja keras untuk cuba mengekalkan Luka Modric yang mahu keluar pada musim panas nanti.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mendedahkan bahawa dia telah mendapatkan nasihat Guus Hiddink dan Dick Advocaat sebelum mengambil Pavel Pogrebnyak.

Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mengaku bahawa dia amat teruja dengan peluang untuk menurunkan ketiga-tiga penyerang utamanya di dalam liga.

Manchester City
Pemain Man City, Adam Johnson menafikan bahawa dia terjun untuk mendapatkan penalti ketika menentang Fulham dan berkata dia terasa terjahan.

Manchester United
Wayne Rooney percaya kejayaan Manchester United seri dengan City walaupun selepas ketinggalan tiga gol akan meningkatkan keyakinan skuadnya.

Newcastle United
Alan Pardew gembira melihat Papiss Cisse menjaringkan gol dalam kemunculan pertamanya untuk Newcastle dan dengan gandingannya dengan Demba Ba.

Norwich City
Pemain tengah, Elliott Bennett gembira membantu pertahanan setelah Norwich berjaya elakkan gawang daripada dibolosi buat kali ke-2 musim ini.

Queens Park Rangers
Penyerang, Djibril Cisse meminta maaf kerana dibuang padang ketika QPR menentang Wolves, tetapi mendakwa terjahan itu mampu mematahkan kakinya.

Stoke City
Pengurus, Tony Pulis berkata Stoke merancang merayu keputusan kontroversi melayangkan kad merah kepada Robert Huth ketika menentang Sunderland.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill mengaku gembira dengan kebangkitan James McClean, pemain yang langsung tidak dikenalinya dua bulan lalu.

Swansea City
Steven Caulker puji kemenangan kedua Swans di tempat lawan serta rakan sepasukannya kerana tenang dalam kekalutan di penghujung perlawanan.

Tottenham
Pemain sayap, Steven Pienaar percaya Tottenham perlu bekerja keras untuk cuba mengekalkan Luka Modric yang mahu keluar pada musim panas nanti.

West Brom
Roy Hodgson percaya yang West Brom akan bergelut di dasar liga dan kehilangan penyokong jika tidak memperbaiki rekod buruk di tempat sendiri.

Wigan Athletic
Pemain Wigan, Hugo Rodallega mendakwa bahawa dia sudah mula berunding dengan kelab lain mengenai perpindahan secara percuma pada musim panas.

Wolverhampton
Sebastien Bassong teruja dengan cabaran membantu Wolves mengelakkan penyingkiran, walaupun dia boleh merebut gelaran juara bersama Tottenham.

No comments:

Post a Comment