Athletic Bilbao
Bilbao meremehkan kecederaan yang dialami oleh Raul Fernandez ketika menjalani latihan dan pemain itu dijangka akan sertai kunjungan ke Moscow.
Atletico Madrid
Eduardo Salvio berkata dia telah menyesuaikan diri dan gembira berada di Atletico Madrid, lebih-lebih lagi sejak pengurus, Diego Simeone tiba.
Barcelona
Pemain remaja, Marc Muniesa telah menegaskan bahawa dia tidak gentar untuk bersaing merebut tempat di dalam barisan skuad utama di Barcelona.
Espanyol
Mauricio Pochettino menegaskan bahawa Espanyol tidak sepatutnya tewas kepada Zaragoza kerana skuadnya telah mencipta lebih banyak peluang.
Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia tidak puas hati kerana Michel terus dilayangkan kad merah dan umumkan yang kelab itu akan merayu keputusan itu.
Granada
Pemain Granada telah mengumpulkan 10 mata daripada 5 perlawanan di tempat sendiri sebelum ini bila menjaringkan 8 gol dan melepaskan 6 gol.
Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio merungut mengenai Iborra yang dibuang padang kerana bukan semua tangan yang terkena bola perlu dilayangkan kad.
Malaga
Pemain pertahanan Malaga, Weligton gesa rakan sepasukannya untuk memperbaiki rekod mereka di tempat lawan bermula dengan Bilbao minggu ini.
Osasuna
Pemain tengah Osasuna, Raul Garcia akan terlepas perlawanan menentang Sevilla setelah menerima kad kuning kelima ketika menewaskan Barcelona.
Racing Santander
Pemain tengah Racing Santander, Jairo Samperio tidak dapat menyertai kem U20 Sepanyol setelah mengalami kecederaan ketika menentang Atletico.
Rayo Vallecano
Pemain Rayo Vallecano, Roberto Trashorras telah kembali menjalani latihan selepas seminggu tidak beraksi, tetapi dia belum pulih sepenuhnya.
Real Betis
Nelson tiada niat untuk keluar daripada Real Betis dan sanggup merebut tempatnya dalam skuad, berikutan kemunculan pertamanya sejak Jun 2010.
Real Madrid
Juventus dilapor mahu berbelanja besar dalam pasaran musim panas nanti dan telah mengenalpasti penyerang Real Madrid, Higuain sebagai sasaran.
Real Mallorca
Joaquin Caparros enggan menuding jari ke arah pemain Mallorca selepas kalah kepada Malaga, tetapi mengaku mereka gagal bertahan dengan baik.
Real Sociedad
Carlos Vela jaringkan golnya yang keempat dalam La Liga untuk Real Sociedad menang di tempat sendiri buat kali keempat setelah bertemu Sevilla.
Real Zaragoza
Paulo Da Silva puas hati Zaragoza menang buat kali pertama sejak empat bulan lalu, tetapi beri amaran mereka belum mencapai sebarang kejayaan.
Sevilla
Carlos Vela jaringkan golnya yang keempat dalam La Liga untuk Sevilla tewas di tempat lawan buat kali keempat setelah menentang Real Sociedad.
Sporting Gijon
Pengurus Sporting, Inaki Tejada berkata pasukannya mempunyai ide jelas ketika menentang Valencia, tetapi mereka agak gemuruh dan kurang lancar.
Valencia
Angel Dealbert mengesahkan dia telah terima tawaran memperbaharui kontrak di Valencia, tetapi dia enggan tergesa-gesa untuk menandatanganinya.
Villarreal
Penyerang Villarreal, Nilmar berkata dia gembira kekal di kelab itu sehingga hujung musim ini dan dengan kepulangannya ke dalam skuad utama.
No comments:
Post a Comment