Wednesday, February 8, 2012

EPL

Arsenal
Arsene Wenger masih yakin Arsenal mempunyai pemain dan keyakinan diri yang diperlukan untuk menduduki empat tempat teratas carta Liga Premier.

Aston Villa
Berita baik untuk Aston Villa menjelang perlawanan bertemu Man City kerana Agbonlahor, Collins dan Albrighton mungkin sempat pulih dari cedera.

Blackburn
Morten Gamst Pedersen mengaku Blackburn dalam bahaya, tetapi yakin skuadnya akan menunjukkan reaksi positif selepas dibelasah oleh Arsenal.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle percaya dia beruntung mendapat pemain Arsenal, Ryo Miyaichi yang cemerlang ketika dipinjamkan kepada Feyenoord.

Chelsea
Nicolas Anelka mendakwa dia berasa seperti disisihkan dipenghujung kerjayanya di Chelsea, dan mengaku tidak menyesal keluar dari kelab itu.

Everton
Pemain muda Everton, Jake Bidwell mengaku tidak pasti mengenai nasibnya di Brentford, tetapi mengalukan peluang untuk kekal di Griffin Park.

Fulham
Dickson Etuhu berharap dia dapat menyertai skuad Fulham untuk perlawanan menentang Stoke, setelah pengurus, Martin Jol menamatkan pemulauannya.

Liverpool
Pemain tengah, Jonjo Shelvey berharap dapat memainkan peranan untuk Liverpol di dalam pertandingan Piala FA dan Piala Carling pada bulan ini.

Manchester City
Manchester City mahu mendapatkan pemain pertahanan Real Madrid, Raul Albiol yang tersingkir dari skuad sejak ketibaan pengurus, Jose Mourinho.

Manchester United
Park Ji-Sung bangga membuat kemunculannya yang ke-200 untuk Manchester Utd dan membuktikan bahawa dia dibeli bukan hanya untuk melariskan baju.

Newcastle United
Sylvain Marveaux boleh kembali berlari pada minggu hadapan, tetapi pemain Newcastle itu bimbang dia tidak dapat bermain lagi pada musim ini.

Norwich City
Russell Martin berpendapat bahawa Norwich City telah membuktikan cita-cita mereka bila enggan melepaskan Grant Holt dalam pasaran bulan lalu.

Queens Park Rangers
Clint Hill menerima hakikat bahawa ini adalah kempen yang terakhir baginya di QPR kerana kelab itu enggan menawarkan kontrak baru kepadanya.

Stoke City
Pengerusi Stoke City, Peter Coates mahu prosedur rayuan FA dinilai semula, setelah gagal membatalkan kad merah dan penggantungan Robert Huth.

Sunderland
Sunderland akan menentang Arsenal di peringkat ke-5 Piala FA setelah Sessegnon jaringkan gol pada waktu tambahan untuk tewaskan Middlesbrough.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers berpendapat bahawa Ferrie Bodde adalah antara pemain yang paling malang, berikutan kecederaan terbarunya.

Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp yang didapati tidak bersalah cuba mengelakkan cukai, mengaku lima tahun ini bagaikan mimpi ngeri baginya.

West Brom
Roy Hodgson percaya Keith Andrews sudah bersedia menyertai skuad West Brom minggu ini - tetapi tidak pasti sama ada Liam Ridgewell boleh turun.

Wigan Athletic
Jean Beausejour percaya kepulangannya ke Liga Premier bukan untuk jangka masa pendek kerana dia yakin Wigan tidak akan tersingkir musim ini.

Wolverhampton
Pemain sayap Wolves, Michael Kightly tidak boleh hadapi West Brom kerana kecederaan belakang, tetapi mungkin boleh turun menentang Newcastle.

No comments:

Post a Comment