Thursday, February 23, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Bilbao akan bertemu Man Utd di peringkat 16 terakhir setelah Muniain jaringkan golnya yang ketiga dalam Liga Europa untuk singkirkan Lokomotiv.

Atletico Madrid
Atletico akan bertemu Besiktas di peringkat 16 terakhir setelah Diego Godin jaringkan gol pertamanya dalam Liga Europa untuk singkirkan Lazio.

Barcelona
Barcelona mungkin menerima suntikan semangat kerana penyerang utama, David Villa dijangka akan pulih sebelum perlawanan Clasico di Camp Nou.

Espanyol
Penjaga gol Espanyol, Kiko Casilla mengaku teringin bermain dalam Liga Juara-juara, tetapi jika tidak berjaya Liga Europa pun tidak mengapa.

Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia tidak bimbang tentnng pemain pertahanan yang tiada dan yakin Valera, Cata, Miguel dan Mane akan beraksi cemerlang.

Granada
Granada boleh menurunkan Ikechukwu Uche dan Allan Nyom ketika menentang Osasuna, sebelum pemain itu menyertai skuad kebangsaan masing-masing.

Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio kecewa dengan Pedro Botelho dan beri amaran bahawa dia perlu merampas tempat di dalam skuad dengan prestasinya.

Malaga
Pemain pertahanan, Sergio Sanchez mengingatkan Malaga adalah penting bagi mereka menang 2 atau 3 perlawanan berturut-turut jika mahu ke Eropah.

Osasuna
Pemain tengah Osasuna, Javad Nekounam mendakwa bahawa dia tidak tahu mengenai minat Galatasaray dan menegaskan bahawa dia gembira di Pamplona.

Racing Santander
Racing berada di tempat ke-10 di dalam carta Fairplay dengan 74 mata penalti setelah menerima 66 kad kuning dan 4 kad merah pada musim ini.

Rayo Vallecano
Pengurus Rayo, Sandoval akan melayan perlawanan menentang Real Madrid seperti perlawanan lain dan berkata dia skuad yang benar-benar kebal.

Real Betis
Benat Etxebarria percaya Betis tidak akan menghadapi masalah untuk kekal di dalam La Liga jika mereka boleh kekalkan prestasi mereka sekarang.

Real Madrid
Cristiano Ronaldo berazam untuk memecahkan rekod jaringannya di dalam liga dan tidak menolak kemungkinan dia akan kembali ke Manchester United.

Real Mallorca
Fernando Tissone berkata dia berasa penting dalam skuad pengurus, Joaquin Caparros dan mahu kekal bersama Mallorca untuk beberapa tahun lagi.

Real Sociedad
Pemain Sociedad, Mikel Aranburu percaya penggantungan Illarramendi sebanyak dua perlawanan adalah keterlaluan dan berharap ia akan dikurangkan.

Real Zaragoza
Manolo Jimenez beri amaran kepada pemain Zaragoza bahawa mereka perlu bersatu berjuang untuk kekal di dalam liga, atau keluar dari kelab itu.

Sevilla
Pemain tengah Sevilla, Ivan Rakitic mendedahkan bahawa dia kurang selesa pada bahagian pangkal paha, tetapi boleh turun menentang Valencia.

Sporting Gijon
Berita baik untuk pengurus Sporting Gijon, Javier Clemente kerana Ivan Hernandez telah diisytiharkan pulih dan boleh turun menentang Racing.

Valencia
Valencia akan bertemu PSV dalam peringkat 16 terakhir Liga Europa setelah Jonas jaringkan golnya yang ke-4 di Eropah untuk singkirkan Stoke.

Villarreal
Pemain Villarreal, Ruben Garcia beri amaran kepada pasukannya supaya memperbaiki pertahanan terhadap sepakan percuma sebelum bertemu Bilbao.

No comments:

Post a Comment