Wednesday, February 8, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Presiden Athletic Bilbao, Josu Urrutia percaya prestasi baik Fernando Llorente ketika ini tidak akan merumitkan rundingan untuk kontrak baru.

Atletico Madrid
Pengurus Atletico, Diego Simeone menegaskan bahawa kualiti permainan adalah lebih penting daripada jumlah minit yang diberikan kepada pemain.

Barcelona
Barcelona akan menentang Bilbao dalam perlawanan akhir Copa del Rey setelah mereka menyingkirkan Valencia hasil jaringan Fabregas serta Xavi.

Espanyol
Mauricio Pochettino mahu Espanyol kukuhkan pertahanan dan bermain lebih garang kerana bukan mudah untuk pertahankan kedudukan mereka sekarang.

Getafe
Penyerang Getafe, Arizmendi sedar adalah sukar untuk bermain di Rayo dan gesa skuadnya supaya melupakan kekalahan mereka kepada Real Madrid.

Granada
Berita baik untuk Granada kerana penjaga gol, Roberto Fernandez telah kembali menjalani latihan dan dijangka dapat bermain hujung minggu ini.

Levante
Vicente Iborra berkata jika Levante boleh tewaskan Real Madrid pada separuh pertama musim ini, mereka boleh lakukannya sekali lagi minggu ini.

Malaga
Berita buruk untuk Malaga kerana Martin Demichelis telah digantung 2 perlawanan setelah dibuang padang ketika tewas kepada Granada Isnin lalu.

Osasuna
Penyerang Osasuna, Ibrahima Balde mengaku bahawa adalah amat sukar untuk menang di Barcelona, tetapi tiada yang mustahil di dalam dunianya.

Racing Santander
Berita baik untuk pengurus Racing, Juanjo Gonzalez kerana penyerang, Alvaro Gonzalez telah kembali menjalani latihan tanpa sebarang masalah.

Rayo Vallecano
Javi Fuego mendakwa bahawa Rayo teruja menantikan kunjungan Getafe, walaupun skuad Azulona menjadi semakin bagus dalam separuh kedua musim ini.

Real Betis
Presiden Real Betis, Miguel Guillen bimbang mengenai keputusan perlawanan, tetapi dia masih yakin Pepe Mel boleh mengatasi situasi kelab itu.

Real Madrid
Manchester City mahu mendapatkan pemain pertahanan Real Madrid, Raul Albiol yang tersingkir dari skuad sejak ketibaan pengurus, Jose Mourinho.

Real Mallorca
Tomas Pina beri amaran kepada Real Mallorca supaya jangan 'terlena' ketika menentang Malaga kerana mereka terlalu hampir dengan zon bahaya.

Real Sociedad
Laporan mengatakan bahawa David Zurutuza telah membuat kemajuan dalam rundingannya dengan Sociedad dan akan menandatanganinya tidak lama lagi.

Real Zaragoza
Apono mendakwa bahawa situasi Zaragoza di dasar liga adalah rumit tetapi bukan mustahil dan dia pernah melihat situasi yang jauh lebih teruk.

Sevilla
Penyerang, Manu del Moral percaya Sevilla telah memilih pengurus yang betul kerana Michel telahpun berjaya mengubah situasi negatif di situ.

Sporting Gijon
Carmelo mengaku Sporting Gijon keletihan dan gagal bermain dengan bijak ketika menentang Osasuna, tetapi percaya prestasi mereka agak bagus.

Valencia
Barcelona akan menentang Bilbao dalam perlawanan akhir Copa del Rey setelah mereka menyingkirkan Valencia hasil jaringan Fabregas serta Xavi.

Villarreal
Javier Camunas berkata cabaran utama Villarreal sekarang adalah untuk mengekalkan prestasi, berikutan keputusan baik bertemu Barca dan Sevilla.

No comments:

Post a Comment