AC Milan
Pemain pertahanan AC Milan Thiago Silva berkata dia mengalukan kemungkinan ketibaan penyerang Arsenal, Robin van Persie pada musim panas nanti.
AS Roma
Laporan mendakwa bahawa penyerang Roma, Fabio Borini akan dipanggil menyertai skuad Itali berikutan kecederaan Cassano, Rossi dan Di Natale.
Atalanta
Atalanta dilapor telah mensasarkan penyerang muda kelab Varese, Giuseppe De Luca setelah mengenalpasti dia bakal menjadi bintang yang baru.
Bologna
Penyerang Bologna, Marco Di Vaio gembira dengan kemenangan ke atas Fiorentina dan menggesa mereka mengalihkan perhatian kepada Udinese pula.
Cagliari
Pengurus Cagliari, Davide Ballardini mungkin tidak dapat turunkan Andrea Cossu yang sedang menjalani ujian setelah mengalami kecederaan lutut.
Catania
Francesco Lodi jaringkan golnya yang ketujuh dalam Serie A untuk Catania menang di tempat lawan buat kali yang kedua setelah menentang Siena.
Cesena
Pengurus baru Cesena, Mario Beretta percaya masih ada masa untuk menyelamatkan kelab itu, tetapi para pemainnya perlu sanggup bekerja keras.
Chievo
Pemain tengah Chievo Verona, Rinaldo Cruzado gembira setelah kembali beraksi dan berharap pengurus akan berikan lebih banyak peluang kepadanya.
Fiorentina
Fiorentina tidak dapat menurunkan Ruben Olivera sebanyak tiga perlawanan setelah dia dibuang perlawanan kerana menyiku Alessandro Diamanti.
Genoa
Bekas pengurus Palermo, Devis Mangia mengaku bangga dikaitkan dengan Genoa, tetapi berpendapat bahawa ia tidak adil bagi pihak Pasquale Marino.
Inter Milan
Andre Ayew jaringkan golnya yang keempat dalam Liga Juara-juara untuk skuad Marseille mendahului Inter Milan dalam pertemuan pertama mereka.
Juventus
Juventus dilapor akan bersaing dengan Man City dan Chelsea bagi mendapatkan khidmat penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain pada musim panas.
Lazio
Edy Reja dilapor telah meletakkan jawatan sebagai pengurus Lazio, tetapi bersetuju untuk berada di padang ketika menentang Atletico Madrid.
Lecce
Pemain pertahanan Lecce, Moris Carrozzieri berharap dia tidak lagi akan cedera atau menerima kad sepanjang baki perlawanan kempen musim ini.
Napoli
Fabio Cannvaro percaya skuad Napoli perlu memastikan mereka menjaringkan gol dalam pertemuan kedua menentang Chelsea di Stamford Bridge nanti.
Novara
Pengurus Novara, Mondonico percaya perpindahan Iaquinta ke Cesena dan Bojinov ke Lecce membuktikan persaingan dasar liga belum lagi selesai.
Palermo
Pemain Palermo, Edgar Barreto mengaku dia tidak tahu mengapa skuadnya bergelut di tempat lawan dan mereka hanya boleh berusaha mengatasinya.
Parma
Berita baik untuk pengurus Parma, Roberto Donadoni kerana pemain tengah, Daniele Galloppa telah pulih dan bersedia beraksi hujung minggu ini.
Siena
Francesco Lodi jaringkan golnya yang ketujuh dalam Serie A untuk Siena tewas di tempat sendiri buat kali keempat setelah menentang Catania.
Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin telah memanggil semula Asamoah untuk perlawanan Liga Europa, berikutan masalah kecederaan di kelab itu.
No comments:
Post a Comment