Saturday, February 25, 2012

EPL

Arsenal
Bacary Sagna yakin pertahanan Arsenal mampu menangani pemain sayap, Gareth Bale bila mereka turun menentang Tottenham dalam derbi Utara London.

Aston Villa
Pengurus, Alex McLeish mengaku adalah sukar untuk menghadapi cemuhan daripada penyokong Aston Villa, berikutan keputusan seri dengan Wigan.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean berpendapat kegagalan skuadnya mengawal bola dengan lama telah menyebabkan mereka tewas kepada Manchester City.

Bolton
Pengurus, Owen Coyle berkata skuad Bolton bermain dengan baik dalam 45 minit pertama, sebelum mereka melepaskan dua gol mudah kepada Chelsea.

Chelsea
Andre Villas-Boas menafikan bahawa Roman Abramovich mengarahkannya menurunkan Lampard, Cole dan Essien dalam kemenangan Chelsea ke atas Bolton.

Everton
Pemain tengah, Marouane Fellaini mengaku gembira melihat Everton memenangi perlawanan, tetapi dia berharap dapat menjaringkan lebih banyak gol.

Fulham
Martin Jol percaya putusannya untuk menggunakan formasi menyerang telah membuahkan hasil dalam kemenangan Fulham ke atas Queens Park Rangers.

Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish yakin pemainnya dapat menangani tekanan ekspektasi bila mereka turun dalam perlawanan akhir Piala Carling.

Manchester City
Vincent Kompany berpendapat bahawa tekanan sekarang berada di atas bahu kelab yang mengejar, berikutan kemenangan Man City ke atas Blackburn.

Manchester United
Javier Hernandez beri amaran kepada Manchester United supaya belajar daripada kekalahan kepada Ajax, jika mahu pertahankan gelaran juara liga.

Newcastle United
Pengurus, Alan Pardew mengaku keputusan seri dengan Wolves terasa bagaikan satu kekalahan, setelah Newcastle gagal pertahankan kelebihan 2 gol.

Norwich City
Sir Alex Ferguson memuji tugas yang telah dilakukan oleh pengurus Norwich, Paul Lambert dan berpendapat yang Canaries tidak akan turun divisi.

Queens Park Rangers
Mark Hughes menegaskan bahawa Samba Diakite yang dibuang padang selepas 30 minit, hanyalah mengikut arahan dalam kekalahan QPR kepada Fulham.

Stoke City
Pemain pertahanan Stoke City, Jonathan Woodgate percaya perlawanan menentang Swansea adalah lebih sukar berbanding pertemuan dengan Valencia.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill tidak menawarkan sebarang alasan selepas dibelasah oleh West Brom dan mengaku skuadnya tewas keseluruhan.

Swansea City
Penjaga gol Swansea, Michel Vorm mengaku dia akan menggunakan semua maklumat dalaman yang ada padanya bagi membantu Belanda menewaskan England.

Tottenham
Gareth Bale berkata Arsenal tidak lagi boleh mendakwa mereka adalah kelab utama Utara London dan yakin Spurs adalah pilihan utama malam ini.

West Brom
Roy Hodgson tidak lagi bimbang mengenai turun divisi, setelah kemenangan ke atas Sunderland meletakkan West Brom 11 mata di atas zon bahaya.

Wigan Athletic
Pengurus, Roberto Martinez menegaskan bahawa Wigan telah mengutip matu mata daripada keputusan seri dengan Villa dan bukannya tercicir dua mata

Wolverhampton
Terry Connor memuji sikap Wolves berikutan persembahan mereka ketika seri di Newcastle, walaupun selepas menghadapi pergelokan di luar padang.

No comments:

Post a Comment