Friday, February 3, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Marcelo Bielsa bimbang mengenai keadaan padang untuk perlawanan menentang Espanyol, setelah dua orang pemain Bilbao tercedera dalam latihan.

Atletico Madrid
Pemain tengah Atletico Madrid, Fran Merida gembira pulang daripada Braga kerana dia tidak mendapat banyak peluang untuk bermain dengan kerap.

Barcelona
Eric Abidal akhirnya menandantangani kontrak baru di Barcelona dan menegaskan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk keluar dari kelab itu.

Espanyol
Mauricio Pochettino tidak bimbang Espanyol perlu menentang Bilbao dalam cuaca sejuk kerana keadaan itu akan beri kesan kepada kedua-dua skuad.

Getafe
Pemain pertahanan Getafe, Miguel Torres percaya kini adalah lebih sukar untuk tewaskan Real Madrid yang menggunakan taktik serangan balas.

Granada
Granada mahu menang buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Malaga yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang ketujuh.

Levante
Levante mahu menang buat kali pertama dari enam perlawanan bila menentang Racing yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang kelima.

Malaga
Penyerang Malaga, Ruud Van Nistelrooy mengalami masalah otot ketika menjalani latihan dan mungkin tidak dapat turun menentang Granada nanti.

Osasuna
Pemain pertahanan, Sergio Fernandez tegaskan bahawa Osasuna tiada niat untuk membantu Sporting melancarkan semula kempen mereka di El Molinon.

Racing Santander
Racing mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Levnate yang hanya dua kali tewas di tempat sendiri pada musim ini.

Rayo Vallecano
Rayo Vallecano tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Zaragoza yang mahu menang ditempat sendiri buat kali ketiga.

Real Betis
Real Betis tidak mahu tewas buat kali kedia berturut-turut bila menentang Zaragoza yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang ketiga.

Real Madrid
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas beri amaran kepada rakan sejawatnya di Liga Premier bahawa kerja mereka boleh dirampas oleh Jose Mourinho.

Real Mallorca
Mallorca mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Real Betis yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali kelapan.

Real Sociedad
Real Sociedad mahu mengutip mata buat kali yang kedua berturut-turut bila menentang Barcelona yang masih belum pernah tewas di tempat sendiri.

Real Zaragoza
Real Zaragoza mahu mengutip mata buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Rayo yang mahu menang di tempat lawan buat kali keempat.

Sevilla
Marseille dilapor akan cuba mendapatkan pemain Sevilla, Julien Escude pada musim panas nanti, setelah gagal mendapatkannya pada tahun 2003.

Sporting Gijon
Sporting Gijon tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Osasuna yang mahu menang di tempat lawan buat kali kedua.

Valencia
Presiden Torino, Urbano Cairo mendedahkan bahawa kelab itu telah menolak tawaran daripada Valencia untuk pemain pertahanan, Angelo Ogbonna.

Villarreal
Villarreal mahu mengutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila bertemu Sevilla yang mahu menang di tempat sendiri buat kali keenam.

No comments:

Post a Comment