AC Milan
Zlatan Ibrahimovic akan terlepas perlawanan Milan menentang Juventus setelah digantung sebanyak 3 perlawanan kerana menampar Salvatore Aronica.
AS Roma
Daniel De Rossi berkata dia mengambil masa panjang untuk menandatangani kontrak baru di Roma kerana dia mahu kelab itu merebut gelaran juara.
Atalanta
Pengurus Atalanta, Stefano Colantuono berkata kad merah telah merumitkan usaha menentang Palermo, tetapi menggesa pasukannya supaya bertenang.
Bologna
Pengurus Bologna, Stefano Pioli percaya keputusan seri dengan Lecce adalah adil dan gesa pemainnya supaya terus mencatatkan rekod positif.
Cagliari
Pengurus Cagliari, Davide Ballardini puas hati mengambil satu mata daripada Novara, walaupun dia percaya pemainnya boleh menjaringkan gol.
Catania
Francesco Lodi adalah penjaring terbanyak Catania dengan 5 gol setelah membuat 39 cubaan dalam 20 kemunculannya untuk Rossazzurri musim ini.
Cesena
Adrian Mutu adalah penjaring terbanyak untuk Cesena dengan 6 gol setelah membuat 39 cubaan dalam 20 kemunculannya untuk kelab itu musim ini.
Chievo
Pengurus Chievo, Domenico Di Carlo berkata skuadnya telah dihukum kerana satu insiden dalam perlawanan rumit menentang skuad yang lebih segar.
Fiorentina
AC Milan dilapor telah mencapai persetujuan dengan pemain Fiorentina, Riccardo Montolivo yang akan menandatangani kontrak untuk empat tahun.
Genoa
Pasquale Marino percaya Genoa berhak menewaskan Lazio dan berkata Rodrigo Palacio buktikan dirinya sebagai juara di dalam setiap perlawanan.
Inter Milan
Pemain pertahanan Inter Milan, Cristian Chivu mungkin menuju ke Bayern Munich yang mahu menggantikan Daniel Van Buyten pada musim panas nanti.
Juventus
Gianluca Pegolo menggariskan masalah serangan Juventus setelah melabelkan pemain pertahanan, Chiellini sebagai ancaman terbesar pasukan itu.
Lazio
Pemain tengah CSKA Moscow, Keisuke Honda mengaku dia masih menyimpan harapan menyertai Lazio sehingga hari terakhir pasaran bulan Januari.
Lecce
Serse Cosmi yakin Lecce sepatutnya menang, tetapi mengaku bahawa kad merah telah menjadi penentu di penghujung perlawanan menentang Bologna.
Napoli
Walter Mazzarri kesal dengan kegagalan Napoli menyempurnakan peluang ketika menentang Milan dan menuding jari ke arah jadual mereka yang padat.
Novara
Pengurus Novara, Emiliano Mondonico puas hati setelah seri dengan Cagliari dan enggan merungut mengenai pengadil mahupun cuaca yang sejuk.
Palermo
Veteran Palermo, Fabrizio Miccoli berkata bahawa dia berjaya memulihkan prestasinya pada musim ini kerana dia dapat berlatih secara konsisten.
Parma
Pengurus Parma, Roberto Donadoni umumkan bahawa mereka layak menang ke atas Chievo dan memuji pemainnya kerana menunjukkan sikap yang betul.
Siena
Gianluca Pegolo menggariskan masalah serangan Juventus setelah melabelkan pemain pertahanan, Chiellini sebagai ancaman terbesar pasukan itu.
Udinese
Francesco Guidolin merungut mengenai cuaca berangin, tetapi enggan bercakap mengenai penalti yang memastikan Udinese tewas kepada Fiorentina.
No comments:
Post a Comment