Sunday, February 12, 2012

EPL

Arsenal
Kelab Arsenal dan Manchester United dilapor bersedia menyertai persaingan merebut tandatangan pemain tengah Fiorentina, Riccardo Montolivo.

Aston Villa
Pengurus, Alex McLeish mempertahankan taktik bertahan Aston Villa ketika menentang Man City dan percaya mereka hanya kekurangan sedikit tuah.

Blackburn
Pengurus, Steve Kean berkata Blackburn menerima banyak tawaran untuk Yakubu pada bulan Januari, tetapi tiada daripada Queens Park Rangers.

Bolton
Mark Davies berkata Bolton sudahpun melupakan kekalahan mereka kepada Wigan, menjelang perlawanan yang lebih penting dalam beberapa minggu ini.

Chelsea
Andre Villas-Boas mengharapkan kejayaan di dalam Piala FA dan Liga Juara-juara supaya Chelsea boleh mencapai sesuatu di dalam kempen musim ini.

Everton
David Moyes menegaskan bahawa dia belum membawa Everton sejauh yang termampu dan berharap dia masih berada di situ bila pelaburan baru tiba.

Fulham
Penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer mendedahkan bahawa dia mahu bermain untuk dua musim lagi serta berharap dapat bermain di Piala Dunia 2014.

Liverpool
Kenny Dalglish mendakwa bahawa dia terkejut mendapat tahu Luis Suarez tidak berjabat tangan kerana pemain itu sudah berjanji akan melakukannya.

Manchester City
Pengurus Man City, Roberto Mancini menegsakan bahawa masih banyak yang perlu dipelajari oleh Joe Hart, berikutan kemenangan ke atas Villa.

Manchester United
Sir Alex Ferguson teruja untuk membuat penilaian terhadap pemain tengah, Christian Eriksen bila Ajax menentang Man Utd di dalam Liga Europa.

Newcastle United
Pemain sayap Newcastle United, Jonas Gutierrez menggesa rakan senegaranya, Fabricio Coloccini untuk menandatangani kontrak baru di kelab itu.

Norwich City
Pemain pertahanan Norwich City, Elliott Ward berasa lega dia tidak menghampakan sesiapapun dalam kemunculan pertamanya sejak musim panas lalu.

Queens Park Rangers
Pengurus, Steve Kean berkata Blackburn menerima banyak tawaran untuk Yakubu pada bulan Januari, tetapi tiada daripada Queens Park Rangers.

Stoke City
Penjaga gol Stoke, Thomas Sorensen percaya pasukannya perlukan sedikit tuah dan kualiti untuk mengubah situasi mereka di dalam liga ketika ini.

Sunderland
Pemain Sunderland, Sebastian Larsson mahu menamatkan impian Arsenal di dalam Piala FA kerana Gunners telah menewaskan skuadnya di dalam liga.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers percaya kekalahan kepada Norwich akan membantu menyedarkan pasukannya dalam usaha mereka kekal dalam liga.

Tottenham
Louis Saha mengaku dia bagaikan seorang remaja yang berjaya mencapai impiannya bila berjaya jaringkan dua gol dalam kemunculannya untuk Spurs.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson berasa amat puas hati dengan reaksi pemainnya terhadap gol penyamaan dalam kemenangan besar ke atas Wovles.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez memuji penjaga gol, Ali Al Habsi yang telah menjadi aset penting kepada skuadnya sepanjang musim ini.

Wolverhampton
Pengurus, Mick McCarthy meminta maaf kepada penyokong Wolverhampton, setelah dia melihat pasukannya tewas teruk kepada West Brom di Molineux.

No comments:

Post a Comment