Friday, February 3, 2012

EPL

Arsenal
Pengurus, Arsene Wenger tidak mahu Arsenal kalah sepanjang baki musim ini bagi menduduki empat tempat teratas dan memuaskan hati penyokong.

Aston Villa
Pengurus, Alex McLeish mahu Aston Villa menamatkan prestasi tidak konsisten dan menunjukkan permainan berkualiti sepanjang 90 minit perlawanan.

Blackburn
Pemain baru West Brom, Keith Andrews telah menyatakan rasa tidak puas hati dengan cara Blackburn Rovers diuruskan sejak kelab itu diambilalih.

Bolton
Owen Coyle berpendapat bahawa Bolton telah belanjakan wang hasil penjualan Gary Cahill dengan baik setelah melaburkannya ke dalam bakat baru.

Chelsea
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas beri amaran kepada rakan sejawatnya di Liga Premier bahawa kerja mereka boleh dirampas oleh Jose Mourinho.

Everton
David Moyes berharap kemenangan ke atas Man City akan beri semangat kepada Everton dan membantu mereka menamatkan musim ini dengan jayanya.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol gembira Andrew Johnson masih berada di kelab itu dan percaya pemain itu sudah hampir menandatangani kontrak baru.

Liverpool
Polis mengesahkan bahawa pemain Liverpool, Stewart Downing tidak akan menghadapi tuduhan selepas ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan.

Manchester City
Pemain baru Man City, David Pizarro mendedahkan bahawa dia telah menolak tawaran Juventus kerana mahu berganding dengan Roberto Mancini semula.

Manchester United
Sir Alex Ferguson mengesahkan bahawa penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak akan keluar bila kontraknya tamat hujung kempen musim ini.

Newcastle United
Pengurus, Alan Pardew mengaku semua orang di Newcastle teruja untuk melihat apa yang mampu dilakukan oleh pemain baru, Papiss Demba Cisse.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert jangka pasukannya akan bangun semula daripada kekalahan yang amat mengecewakan bila mereka menentang Bolton.

Queens Park Rangers
Mark Hughes ramal penyerang barunya Bobby Zamora dan Djibril Cisse akan membantu QPR menamatkan musim ini di 10 tempat teratas Liga Premier.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis berpendapat bahawa pengurus Sunderland, Martin O'Neill adalah calon yang bagus untuk menggantikan Fabio Capello.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill umumkan bahawa West Brown boleh kembali beraksi pada musim ini, tetapi dia akan terlepas banyak perlawanan.

Swansea City
Brendan Rodgers kecewa gagal mendapatkan Ryan Bennett pada bulan Januari dan menyatakan bahawa dia tidak mahu meminjam terlalu ramai pemain.

Tottenham
Penyerang, Louis Saha yakin dia tidak perlukan masa yang lama untuk mula menjaringkan gol setelah tiba di Tottenham pada hari terakhir pasaran.

West Brom
Pemain baru West Brom, Keith Andrews telah menyatakan rasa tidak puas hati dengan cara Blackburn Rovers diuruskan sejak kelab itu diambilalih.

Wigan Athletic
Roberto Martinez berpendapat bahawa kedudukan corot boleh membantu Wigan mengelakkan penyingkiran kerana skuadnya tahu mereka dalam bahaya.

Wolverhampton
Pengurus, Mick McCarthy menegaskan bahawa dia dan Steve Morgan telah mencapai persefahaman selepas pemilik Wolves mengamuk di bilik persalinan.

No comments:

Post a Comment