Athletic Bilbao
Iker Muniain jaringkan gol di tempat lawan untuk Athletic Bilbao mengekori Lokomotiv Moscow dengan satu gol dalam pertemuan mereka di Rusia.
Atletico Madrid
Radamel Falcao jaring golnya yang kelima di Eropah musim ini untuk Atletico Madrid mendahului Lazio dengan dua gol setelah bermain di Olimpico.
Barcelona
Victor Valdes masih enggan putus asa dalam usaha mengejar gelaran juara La Liga dan yakin Barcelona boleh mengatasi defisit sebanyak 10 gol.
Espanyol
Pemain tengah Espanyol, Coutinho mengaku dia tidak sangka akan dipanggil menyertai skuad utama sebaik sahaja dia tiba daripada Inter Milan.
Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia memuji kelab, pemain dan jurulatihnya kerana menunjukkan teladan yang baik bila berhadapan dengan isu pengadil.
Granada
Pengurus Granada, Abel Resino akhirnya boleh memilih skuad daripada senarai yang lengkap setelah Inigo Lopez dan Dani Benitez kembali berlatih.
Levante
Levante seri 2-2 dengan kelab dari China, Dalian Aerbin dalam perlawanan persahabatan yang disertai oleh pemain pinggiran skuad Juan Ignacio.
Malaga
Joris Mathijsen akui bahawa jalan tunggal untuk Malaga melayakkan diri ke Eropah adalah dengan mendapatkan 3 mata di tempat sendiri dan lawan.
Osasuna
Roberto Torres telah melanjutkan kontraknya dengan Osasuna untuk empat tahun lagi sehingga Jun 2016 dan yurannya ditetapkan pada EUR12 juta.
Racing Santander
Jurulatih Racing, Juanjo, Castanos dan Pinillos enggan menyerah kalah, walaupun mengaku kini Real Madrid adalah lebih bagus daripada Barcelona.
Rayo Vallecano
Pemain Rayo, Emiliano Armenteros percaya bahawa Michu telah membuktikan bahawa dia pemain berkualiti tinggi dan layak menyertai skuad Sepanyol.
Real Betis
Pemain tengah Betis, Jose Alberto Canas percaya perlawanan menentang Real Zaragoza tidaklah mudah, walaupun Blanquillos berada di dasar liga.
Real Madrid
Pemain pertahanan Real Madrid, Pepe yakin Los Blancos akan menjadi juara La Liga dan mendakwa pasukannya menjadi semakin kuat setiap hari.
Real Mallorca
Pemain tengah Mallorca, Josep Lluis Marti mengaku adalah sukar untuk menewaskan Villarreal yang semakin meningkat sejak mendapat pengurus baru.
Real Sociedad
Pemain Sociedad, Xabi Prieto mengaku kurang keyakinan diri dan dia perlukan perlawanan besar seperti menentang Sevilla untuk mengembalikannya.
Real Zaragoza
Pemain pertahanan Real Zaragoza, Javier Paredes telah kembali menjalani latihan bersama skuadnya dan dijangka boleh turun menentang Real Betis.
Sevilla
Presiden, Jose Maria del Nido mengaku Sevilla tidak biasa menduduki tempat ke-13, tetapi percaya dua kemenangan akan mengubah situasi mereka.
Sporting Gijon
Penyerang, Nacho Novo telah menamatkan kontraknya dengan Sporting Gijon untuk membolehkan dia melengkapkan perpindahan ke kelab Legia Warsaw.
Valencia
Mehmet Topal jaringkan golnya yang pertama di Eropah musim ini untuk Valencia mendahului Stoke dengan satu gol dalam pertemuan di Britannia.
Villarreal
Gonzalo Rodriguez mengaku bahawa Villarreal kini mempunyai mood yang lebih baik dan mereka hanya fokus untuk mencari 45 mata secepat mungking.
No comments:
Post a Comment