Athletic Bilbao
Ander Herrera percaya walaupun Bilbao mempunyai skuad muda, mereka mempunyai pengalaman yang cukup untuk menghadapi pertemuan Lokomotiv Moscow.
Atletico Madrid
Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone masih berwaspada mengenai Lazio yang akan menunjukkan prestasi terbaik bila menghadapi situasi rumit.
Barcelona
Dani Alves yakin Pep Guardiola akan menandatangani kontrak baru dengan Barcelona dan menegaskan bahawa mereka 'hilang' tanpa pengurus itu.
Espanyol
Pengurus, Mauricio Pochettino mengingatkan Espanyol supaya jangan termakan pujian atau berasa yakin kedudukan mereka dalam liga sudah selamat.
Getafe
Berita baik untuk pengurus Getafe, Luis Garcia kerana Juan Valera telah kembali menjalani latihan skuad, menjelang perlawanan menentang Betis.
Granada
Berita buruk untuk pengurus Granada, Abel Resino kerana penjaga gol, Roberto Fernandez mungkin tidak dapat menentang Osasuna kerana demam.
Levante
Penyerang Levante, Rafa Jorda memohon kelab itu membatalkan kontraknya kerana tiada makna dia bersama di pengurus yang tidak memerlukannya.
Malaga
Penyerang Malaga, Seba Fernandez tidak bimbang jatuh ke tempat ke-9 kerana dia percaya rekod di tempat sendiri akan membawa mereka ke Eropah.
Osasuna
Patxi Izco berkata Osasuna telah meminta kerajaan Novarra untuk melanjutkan tempoh pembayaran hutang, bukannya meminta kelab itu diselamatkan.
Racing Santander
Pemain Racing, Jairo berkata dia terdesak untuk kembali beraksi pada hujung minggu ini dan melupakan kecederaan yang mencemarkan kempennya.
Rayo Vallecano
Penyerang Rayo, Francisco Medina berkata perlawanan menentang Real Madrid tiba tepat pada masanya, kerana skuadnya kini berkeyakinan tinggi.
Real Betis
Pengurus Sevilla, Michel percaya musuh ketat, Real Betis masih sama seperti musim lalu, dan tidak akan menghadapi masalah kekal dalam liga.
Real Madrid
Juventus dilapor akan bersaing dengan Man City dan Chelsea bagi mendapatkan khidmat penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain pada musim panas.
Real Mallorca
Ivan Ramis menegaskan bahawa amat penting bagi Real Mallorca menang dua perlawanan berturut-turut dan menjarakkan diri daripada kelab corot.
Real Sociedad
Berita buruk untuk pengurus Sociedad, Montanier kerana Diego Ifran mungkin tidak dapat menentang Mallorca setelah tercedera ketika berlatih.
Real Zaragoza
Penyerang Real Zaragoza, Carlos Aranda optimistik untuk menghadapi Malaga kerana dia hanya sekali tewas dalam 8 atau 9 kunjungan ke kelab itu.
Sevilla
Pengurus Sevilla, Michel percaya musuh ketat, Real Betis masih sama seperti musim lalu, dan tidak akan menghadapi masalah kekal dalam liga.
Sporting Gijon
Nacho Novo menuduh pengurus Sporting Gijon, Javier Clemente sebagai pengecut kerana mengutuknya melalui media, dan bukannya secara bersemuka.
Valencia
Pengurus Valencia, Unai Emery berkata Pablo Hernandez tidak diturunkan bersama skuadnya kerana prestasi cemerlang Feghouli dan Juan Bernat.
Villarreal
Javier Camunas percaya Villarreal tidak perlu panik walaupun teruk ketika bertemu Mallorca, dan menegaskan bahawa skuadnya bermain dengan baik.
No comments:
Post a Comment