Wednesday, February 15, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Bilbao bimbang mengenai faktor yang tidak diketahui bila menentang Lokomotiv Moscow yang sudah dua bulan tidak beraksi dalam perlawanan rasmi.

Atletico Madrid
Thibaut Courtois yang berada di Atletico mengaku yang dia mahu dipinjamkan kepada kelab Inggeris terlebih dahulu sebelum kembali ke Chelsea.

Barcelona
Pep Guardiola tegaskan bahawa Gerard Pique masih lagi pemain penting untuk Barcelona walaupun dia tidak diturunkan ketika menentang Leverkusen.

Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino mengaku kekalahan kepada Zaragoza amat perit, tetapi menegaskan yang dia masih mahukan tiket ke Eropah.

Getafe
Penjaga gol, Miguel Angel Moya berkata Getafe masih sasarkan status La Liga, tetapi percaya adalah lebih mudah untuk ke Eropah pada musim ini.

Granada
Granada jangka Inigo Lopez dan Dani Benitez akan pulih daripada kecederaan ringan mereka serta boleh dipilih turun menentang Real Sociedad.

Levante
Pemain Levante, Juanlu Gomez yang patah tulang fibula pada bulan Disember lalu, mengaku dia mungkin kembali beraksi di penghujung bulan Mac.

Malaga
Sebastian Fernandez adalah penjaring kedua terbanyak skuad Malaga dengan 4 gol setelah membuat 15 cubaan dalam 18 kemunculan pada musim ini.

Osasuna
Jukka Raitala mengaku kemenangan ke atas Barca adalah yang terpenting dalam kerjayanya dan berharap Osasuna boleh meneruskan prestasi mereka.

Racing Santander
Andrian Gonzalez adalah penjaring kedua terbanyak Racing Santander dengan 3 gol setelah membuat 37 cubaan dalam 21 kemunculan pada musim ini.

Rayo Vallecano
Pengurus Rayo Vallecano, Jose Ramon Sandoval bimbang mengenai kecergasan kapten, Michel yang gagal melengkapkan latihan kerana masalah otot.

Real Betis
Real Betis tewaskan Dynamo Moscow 2-0 dalam perlawanan persahabatan setelah Jorge Molina dan Martin berjaya jaringkan gol untuk Verdiblancos.

Real Madrid
Borja Valero berbesar hati dikaitkan dengan Real Madrid, tetapi yakin Los Blancos tidak akan membayar jutaan Euro untuk mengambilnya semula.

Real Mallorca
Pemain tengah Mallorca, Michael Pereira gesa pasukannya supaya mengembalikan kekebalan mereka di tempat sendiri jika tidak mahu turun divisi.

Real Sociedad
Real Sociedad telah mencapai persetujuan untuk melanjutkan kontrak pemain tengah, David Zurutuza yang kini terikat di kelab itu sehingga 2017.

Real Zaragoza
Pablo Alvarez berharap kemenangan ke atas Espanyol akan membantu Real Zaragoza melancarkan semula kempen musim ini dan kekal dalam La Liga.

Sevilla
Kapten, Freddy Kanoute mengaku Sevilla berada dalam situasi yang amat genting ketika skuadnya cuba mengasimilasi konsep pengurus baru, Michel.

Sporting Gijon
Nacho Novo adalah penjaring kedua terbanyak kelab Sporting Gijon dengan 3 gol setelah membuat 12 cubaan dalam 9 kemunculannya pada musim ini.

Valencia
Victor Ruiz mengaku Valencia adalah pilihan utama dalam pertemuan dengan Stoke City, tetapi skuadnya masih perlu membuktikannya di atas padang.

Villarreal
Borja Valero berbesar hati dikaitkan dengan Real Madrid, tetapi yakin Los Blancos tidak akan membayar jutaan Euro untuk mengambilnya semula.

No comments:

Post a Comment