Tuesday, February 14, 2012

Serie A

AC Milan
Pengurus, Max Allegri amat optimistik AC Milan akan mara dalam Liga Juara-juara dan ramal Ibrahimovic akan membuat impak bila bertemu Arsenal.

AS Roma
Direktor, Franco Baldini meminta maaf kepada penyokong kelab selepas Roma tewas kepada Siena dan mengaku skuadnya gagal mencapai tahap biasa.

Atalanta
Pengurus Atalanta, Colantuono tidak bimbang mengenai prestasi German Denis kerana adalah normal bagi pemain mengalami kemerosotan sedikit.

Bologna
Bologna dilapor perlu bersaing dengan Cagliari bagi mendapatkan pemain sayap muda milik Manchester City, Vladimir Weiss pada musim panas nanti.

Cagliari
Cagliari dilapor kini mensasarkan pemain sayap muda milik Manchester City, Vladimir Weiss yang ketika ini dipinjamkan kepada kelab Espanyol.

Catania
Penjaring gol terbanyak Catania, Francesco Lodi berkata dia gembira berada di kelab itu dan sanggup menamatkan kerjayanya di Stadium Massimino.

Cesena
Parma dilapor telah menyertai Genoa dalam persaingan untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Cesena, Steve von Bergen untuk musim hadapan.

Chievo
Domenico Di Carlo mengucapkan tahniah kepada Napoli kerana menang, tetapi berkata gol yang dijaringkan adalah hasil kesilapan pemain Chievo.

Fiorentina
Fiorentina sanggup jual Stevan Jovetic jika ada tawaran yang lumayan dan mengesahkan bahawa Riccardo Montolivo akan keluar pada musim panas.

Genoa
Pengurus Genoa, Pasquale Marino perlu hadapi Atalanta tanpa khidmat Kakha Kaladze dan Giandomenico Mesto yang telah digantung satu perlawanan.

Inter Milan
Massimo Moratti mengaku Inter pernah melakukan kesilapan, tetapi dia berkata adalah mustahil untuk mereka mengekalkan khidmat Eto'o dan Motta.

Juventus
Pengurus, Antonio Conte mahu Juventus memastikan kemenangan ke atas Parma dan mengesahkan yang Claudio Marchisio dan Arturo Vidal akan bermain.

Lazio
Pemain tengah Lazio, Hernanes percaya pasukannya boleh bersaing merebut Scudetto jika mereka boleh mengekalkan prestasi sehingga hujung musim.

Lecce
Lecce berada di tempat terakhir dalam carta Fairplay dengan 70 mata penalti setelah mengumpulkan 62 kad kuning dan 4 kad merah pada musim ini.

Napoli
Pemain tengah Napoli, Marek Hamsik amat gembira mengenai kemenangan pertama mereka sejak sebulan lalu dan percaya ia adalah usaha berpasukan.

Novara
Kemenangan Novara ke atas Inter telah dibeli dengan harga penggantungan terhadap Michale Morganella, Filippo Porcari dan Ivan Radovanovic.

Palermo
Agen Josip Ilicic berkata pemain Palermo itu kecewa dengan prestasinya ketika ini dan menegaskan bahawa dia tidak endahkan spekulasi pasaran.

Parma
Parma dilapor telah menyertai Genoa dalam persaingan untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Cesena, Steve von Bergen untuk musim hadapan.

Siena
Presiden Siena, Massimo Mezzaroma yakin Mattia Destro bakal menjadi bintang, tetapi berharap dia dapat meneruskan kemajuannya dengan aman.

Udinese
Pemain tengah, Almen Abdi mengaku Udinese akan terasa kehilangan Antonio Di Natale dan Mauricio Isla kerana mereka adalah pemain yang penting.

No comments:

Post a Comment