AC Milan
Antonio Nocerino jaringkan golnya yang kelapan dalam Serie A untuk Milan seri di tempat sendiri buat kali keempat setelah bertemu Juventus.
AS Roma
Pengurus AS Roma, Luis Enrique meyakinkan penyokong bahawa dia mempunyai ramai pemain yang boleh menggantikan Totti yang digantung perlawanan.
Atalanta
Pengurus Atalanta, Stefano Colantuono percaya German Denis hanya perlukan satu gol untuk membantu dia kembali menemui sentuhan di hadapan gol.
Bologna
Stefano Pioli beri amaran kepada Bologna bahawa masih banyak tugas yang perlu mereka lakukan dan Udinese adalah lawan mereka yang paling sukar.
Cagliari
Pengurus Cagliari, Davide Ballardini mengaku dia tidak mempunyai banyak pilihan untuk menggantikan pemain utamanya yang tidak dapat beraksi.
Catania
Pietro Lo Monaco berkata Vincenzo Montella mempunyai kontrak sehingga 2013 dan dia akan kekal sebagai pengurus Catania pada musim hadapan.
Cesena
Daniele Arrigoni berkata dia meninggalkan Cesena kerana dia sayangkan kelab itu dan kerana pemain kelab itu berhenti mendengar cadangannya.
Chievo
Sergio Pellissier percaya Chievo perlukan lebih daripada 40 mata untuk kekal dalam Serie A kerana tidak banyak perbezaan dalam kedudukan mata.
Fiorentina
Fiorentina akan turun tanpa Amauri dalam kunjungan mereka ke Lazio kerana masalah paha, dan Adem Ljajic dijangka akan mengambil tempatnya.
Genoa
Rodrigo Palacio jaringkan golnya yang ke-14 dalam Serie A untuk Genoa seri di tempat sendiri buat kali yang ketiga setelah menentang Parma.
Inter Milan
Inter Milan dilapor bersedia menawarkan EUR20 juta setahun kepada Pep Guardiola bagi memujuk pengurus Barcelona itu berpindah ke San Siro.
Juventus
Alessandro Matri jaringkan golnya yang ke-10 dalam Serie A untuk Juventus seri di tempat lawan buat kali yang ketujuh setelah bertemu AC Milan.
Lazio
Pengurus Lazio, Edy Reja telah mengumumkan bahawa dia akan terus kekal bersama kelab itu setelah berbaik semula dengan presiden Claudio Lolito.
Lecce
Agen Luis Muriel gembira kerana penyerang itu dikaitkan dengan Roma, tetapi menegaskan bahawa mereka hanya berfikir mengenai Lecce dan Udinese.
Napoli
Walter Mazzarri nafikan berita yang mengatakan dia akan menyertai Inter pada musim hadapan dan berkata Nerazzurri adalah perangkap bagi Napoli.
Novara
Pengurus Novara, Mondonico masih optimistik mengenai peluang mereka menewaskan Catania, walaupun Jensen dan Radovanovic tidak dapat beraksi.
Palermo
Penyerang Palermo, Fabrizio Miccoli gembira menjadi penjaring terbanyak kelab itu, tetapi mengaku isu kontrak tidak berada di dalam tangannya.
Parma
Sergio Floccari jaringkan golnya yang ketiga dalam Serie A untuk Parma seri di tempat lawan buat kali yang keempat setelah menentang Genoa.
Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino mungkin tidak dapat menurunkan Alessandro Gazzi setelah dia disyaki patah hidung ketika menjalani latihan.
Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin boleh menurunkan semula Antonio Di Natale dan mahu skuadnya menggunakan akal untuk menewaskan Bologna.
No comments:
Post a Comment