Athletic Bilbao
Lionel Messi membayangkan bahawa sekiranya Pep Guardiola keluar dari Barcelona, pengurus Bilbao, Marcelo Bielsa sesuai untuk menggantikannya.
Atletico Madrid
Pemain Atletico, Salvo dan Dominguez akan menggantikan Falcao serta Godin kerana kedua-duanya digantung setelah menerima kad kuning kelima.
Barcelona
Pemilik Liverpool dilapor bersedia untuk berbelanja besar pada musim panas nanti dan dilapor telah mensasarkan pemain Barcelona, Seydou Keita.
Espanyol
Pemain tengah, Joan Verdu menegaskan bahawa Espanyol tidak akan mengubah cara permainan mereka bila menentang pakar serang-balas, Real Madrid.
Getafe
Penyerang Getafe, Dani Guiza menggariskan kepentingan perlawanan menentang kelab Malaga yang sudah dua kali menewaskan skuadnya musim ini.
Granada
Pengurus Granada, Abel Resino akan membuat perubahan pada skuadnya kerana Roberto dan Martins telah dilayangkan kad kuning mereka yang kelima.
Levante
Pemain Levante, Xavi Torres beri penghargaan kepada preside, Francisco Catalan yang bersama-sama menaiki bas untuk bagi menghadapi Espanyol.
Malaga
Penjaga gol, Willy Caballero beri amaran kepada skuad Malaga supaya berwaspada dengan Getafe yang mahu menebus dua kekalahan mereka musim ini.
Osasuna
Penyerang Osasuna, Dejan Lekic telah menjalani pembedahan terhadap tulang retak dan dijangka tidak dapat beraksi selama dua bulan setengah.
Racing Santander
Racing yang kesempitan wang mula menghadapi persoalan kerana keberatan menurunkan pemain yang dibayar untuk dibawa masuk pada bulan Januari.
Rayo Vallecano
Penyerang Rayo, Diego Costa menuduh pengadil tidak berani mengambil tindakan terhadap kelab besar, berikutan perlawanan menentang Real Madrid.
Real Betis
Direktor Real Betis, Vlada Stosic mengumumkan bahawa mereka sudah hampir berjaya mengambil pemain baru, tetapi enggan mendedahkan namanya.
Real Madrid
Sergio Ramos amat mengagumi serta menghormati Jose Mourinho, dan menegaskan bahawa dia tidak pernah mempunyai masalah dengan pengurus itu.
Real Mallorca
Pemain pertahanan Mallorca, Kevin Garcia berharap dapat membuat kemunculan semula ketika menentang Osasuna - kelab pertama yang dihadapinya.
Real Sociedad
David Zurutuza percaya perlawanan menentang Bilbao bernilai lebih dari 3 mata kerana ia akan menaikkan semangat dan keyakinan kepada Sociedad.
Real Zaragoza
Manolo Jimenez enggan tinggalkan Zaragoza, tetapi beri amaran kepada pemainnya supaya jangan mengulangi aksi memalukan ketika menentang Malaga.
Sevilla
Penyerang Sevilla, Alvaro Negredo telah tarik diri dari skuad Sepanyol kerana kecederaan paha dan mungkin tidak dapat beraksi selama 4 minggu.
Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Javier Clemente turunkan barisan keduanya dalam kekalahan 1-0 kepada Lokomotiv Moscow dalam perlawanan persahabatan.
Valencia
Penyerang Valencia, Roberto Soldado sedar dia perlu cemerlang dalam pertemuan Sepanyol-Venezuela jika mahu terlibat dalam rancangan Del Bosque.
Villarreal
Penyerang, Nilmar menegaskan bahawa dia amat selesa berada di Villarreal dan hanya akan keluar jika semua pihak yang terlibat mendapat manfaat.
No comments:
Post a Comment