Athletic Bilbao
Iker Muniain mengaku Bilbao perlu pastikan kemenangan ke atas Lokomotiv Moscow kerana tidak mencukupi untuk sekadar menyumbat gol di Luzhniki.
Atletico Madrid
Filipe Luis mengingatkan Atletico Madrid bahawa adalah penting bagi mereka menjaringkan gol dalam pertamuan pertama menentang Lazio di Rom.
Barcelona
Alexis Sanchez jaring golnya yang kedua dalam Liga Juara-juara musim ini untuk Barcelona mendahului Leverkusen dalam pertemuan pertama mereka.
Espanyol
Cagliari dilapor kini mensasarkan pemain sayap muda milik Manchester City, Vladimir Weiss yang ketika ini dipinjamkan kepada kelab Espanyol.
Getafe
Pemain pertahanan, Alberto Lopo tidak mahu Getafe menyalahkan pengadil kerana pasukannya sendiri yang tidak cukup bagus ketika menentang Rayo.
Granada
Granada berada di tempat ke-11 di dalam carta Fairplay dengan 71 mata penalti setelah menerima 63 kad kuning dan 4 kad merah pada musim ini.
Levante
Pemain Levante, Gustavo Cabral mendakwa bahawa mereka sepatutnya mendapat mata hujung minggu lalu dan menuduh pengadil menyebelahi Real Madrid.
Malaga
Skuad Malaga Manuel Pellegirini sedang membuat persediaan untuk menerima kunjungan Spartak Moscow yang sedang membuat jelajah di Sepanyol.
Osasuna
Raul Garcia percaya Osasuna telah menunjukkan persembahan mereka yang paling lengkap di dalam musim ini ketika mereka menentang Barcelona.
Racing Santander
Marcos Gullon gembira dengan kemunculan pertamanya untuk Racing dan ramal skuadnya akan mendapatkan keputusan positif bila bertemu Real Madrid.
Rayo Vallecano
Pemain tengah Rayo, Michu menafikan spekulasi yang dia sengaja mendapatkan kad kuning bagi memastikan dia boleh menentang Real Madrid nanti.
Real Betis
Pihak Real Betis dilapor telah membuat tawaran untuk melanjutkan kontrak pemain tengah, Iriney Santos Da Silva untuk dua atau tiga musim lagi.
Real Madrid
Real Madrid enggan membenarkan perlawanan akhir Copa del Rey dimainkan di Santiago Bernabeu kerana ia melibatkan Barcelona dan Athletic Bilbao.
Real Mallorca
Mallorca berada di tempat ke-18 dalam carta Fairplay dengan 83 mata penalti setelah mengumpulkan 73 kad kuning dan 5 kad merah pada musim ini.
Real Sociedad
Pengurus Real Sociedad, Philippe Montanier menegaskan bahawa kemenangan ke atas Sevilla tidak mengubah matlamat mereka untuk mencari 45 mata.
Real Zaragoza
Pemain Zaragoza, Pablo Barrera akan menyertai perlawanan Mexico-Colombia, sementara Ivan Obradovic akan menyertai perlawanan Serbia-Cyprus.
Sevilla
Pengurus Sevilla, Michel percaya pertemuan dengan Sociedad adalah seimbang sehinggalah Carlos Vela menjaringkan gol mengubah arus perlawanan.
Sporting Gijon
Pengurus baru Sporting Gijon, Javier Clemente umumkan bahawa matlamatnya adalah untuk menang bukannya untuk menunjukkan perlawanan yang cantik.
Valencia
Penjaga gol Valencia, Vicente Guaita mengaku tidak tahu yang dia akan menentang Sporting ataupun sama ada dia akan diturunkan menghadapi Stoke.
Villarreal
Borja Valero berkata Villarreal mendapat motivasi tambahan bila mereka dituduh tidak mempunyai kekuatan mental menangani tekanan di dasar liga.
No comments:
Post a Comment